Makan Lecithin Boleh Kurus?

Masa mengandungkan Hadif,anak ketiga..berat aku naik daripada 67kg ke 80kg. Masalah aku adalah sentiasa berselera makan dan tak pernak mabuk yang teruk-teruk..Masalah ker tu? Alhamdulillah…rezeki Allah bagi. Sekurang-kurangnya adalah juga kudrat nak mengadap suami & anak dara ngan teruna kat umah tu.

Lepas bersalin, anak aku kena jaundis pada hari ke2. Jadi tak dapatlah aku makan sebarang jamu atau herba. Masuk bulan kedua baru cuba2 nak makan jamu. Tu pun selang-selang jer. Sepanjang sebulan yang pertama..aku cuma makan Optimum Set Shaklee jer. Alhamdulillah..badan rasa segar dah bolehlah aku menguruskan rumah seadanya. Lepas sebulan berat aku pun kembali ke 67kg. Inilah hikmah menyusukan anak. Bab pantang makan memang aku jaga. Benda-benda sejuk & berangin memang tak dijamah. Lebih lebih lagi Hadif ada masalah umbilical hernia. Sebaik mungkin aku akan elakkan dia kembung sebab takut effect kat pusat dia.TAPI…benda yang aku boleh makan macam nasi etc memang dibalun cukup2. Susu pun cukup malah terlebih2 sampaikan freezer tak muat. Masa ni,benda yang paling aku takut adalah BENGKAK SUSU.Tak sanggup rasanya menanggung bengkak susu.

Masuk bulan kedua, berat badan aku dah statik. tak ada penurunan..Masa ni lah aku mula study lagi pasal produk Shaklee. Maka, berjumpalah aku dengan LECITHIN. Lega…lecitihin boleh mengurangkan risiko clog duct dan mengemulsifierkan lemak. Ada harapan berat turun lagi ni!hehehe…impian demi impian…Tapi,dalam hati tak lah mengharap sangat sebab clog duct tu lah sebenarnya yang menghantui aku.Alhamdulillah, berat aku turun lagi dalam masa sebulan,65kg…Kalori dibakar tanpa senaman atau control makan..hanya breastfeed + buat kerja rumah jer.

Lepas cuti 3 bulan,masuk kerja semula dan aku masih ‘setia’ dengan lecithin. Tapi berat badan ni on off pulak..turun naik 65-67kg. Aku pun on off makan lecitihn..kurang istiqamah. Membazir beli mahal-mahal tapi tak serius amalkan!Aku start disiplin balik & selepas 4 bulan berat aku turun ke 58kg. Sepanjang 9tahun kahwin..tak pernah lagi aku merasa berat di angka 50-an. Rasa genbira sangat bila ramai yang perasan perubahan ni. Baru susut yer!Bukan kurus lagi!hahaha

Penurunan hampir 10kg dalam masa 4 bulan. Syukur…alhamdulillah..

Makan Lecithin Boleh Kurus? Nak tahu jawapan saya?
YER!!!MEMANG BOLEH KURUS!!!

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Tak gemuk…berisi jer

Sapa tak nak kurus? Semua orang memandang…Cantik Adalah Kurus! Kurus adalah Cantik! Aku pun teringin nak kurus tapi tak sanggup pulak usaha nak KURUS. Ingat senang ker nak control nafsu makan ni..lebih-lebih lagi perut yang lapar selalu. Dah control makan manalah larat nak exercise!hehehe…Last2 maintain jer lah TAK Kurus.
Seingat-ingat aku,gambar terakhir yang aku kurus masa aku darjah 1. Tengok muka pun tahu kan…hehehe

Lepas ni..aku tak pernah merasa kurus lagi..Gemuk gedempol tu tidaklah cuma agak berisi kata orang. Berat paling tinggi boleh dicapai adalah 67kg. Bila mengandung naik jadi 80kg…Boleh dimaafkan kan?
Nak jadi cerita..baru baru ni ramai yang kata aku makin susut..taklah kurus!Cuma susut…apa RAHSIA?


Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Siaran Tergendala Sebentar

Aduhaiiiii…lamanya tak bersiaran..ada kawan cakap..blog yang tak ber’update’ ni mcm radio yang tak berbunyi! Thanx Kak N…barulah saya teringat balik kat laman sesawang ni..Selama ni bukannya tak ingat..selalu singgah tapi tak sempat nak bertegur sapa!hehehe….

Sebelum terlambat..Salam Ramadhan untuk semua…Kita dah masuk ke suku terakhir Ramadhan 1432H ni..moga2 amalan makin bertambah dan tidak sia-sialah hendaknya bulan ini berlalu begitu sahaja..InsyaAllah..saya sendiri pun masih tercari masa untuk bersama semua..Semua orang ada 24jam…so..malulah kalau kita asyik merungut tak cukup masa sedangkan orang lain memanfaatkan masa seoptimumnya..

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.

Ingatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan..Tak dapatlah nak berceloteh panjang sebab sekarang ni office hour.InsyaAllah bertemu di lain kali..Jaga kesihatan & doa selalu moga Allah kurniakan nikmatnya pada kita semua…aminnn

Oh ya..pada yang masih tercari-cari lagi persiapan raya untuk anak2…bolehlah jenguk2 di rumah anak sulung  saya..Kot2 ada yg berkenan…

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...