Pengedar Sah Shaklee

Terima kasih pada yang sudi singgah di blog saya masih serba kekurangan ni. Masih banyak yang perlu diperbaiki atas niat awal ingin berkongsi secebis ilmu dan pengalaman yang ada.Yang baik jadi tauladan ..yang buruk jadi sempadan
Kalau tiada kerana tali
Tiada dapat kutarik guni
Kalau tidak kerana Shaklee
Tidak mungkin saya di sini

 

Untuk pengetahuan semua, saya adalah pengedar sah Shaklee di Bandar Baru Salak Tinggi,  tetapi tidak terhad disini sahaja, kerana pelanggan saya juga datang dari seluruh Malaysia. Penghantaran barang2 adalah melalui perkhidmatan GDex,Poslaju atau pun Citylink ke seluruh Malaysia.Bagi mereka yang berada di Sepang, Nilai, Putrajaya,Bandar Baru Bangi serta  yang berhampiran boleh juga membuat pembelian secara C.O.D.

Di sini,saya cuba kongsikan segala ilmu yang ada, moga dapat kita manfaatkan bersama. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya sama ada melalui sms ataupun email. InsyaAllah akan saya usahakan segala yang termampu.

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Power Pumping

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
 

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump 
– pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
 

Untuk Double Pump
 – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
 

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sebab hormon susu sangat tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Artikel : Tini Wirdas – Kumpulan Ibu2 Menyusukan (KIM)

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Prof Muhaya dan ESP

 
Siapa tak kenal dengan Prof Muhaya? Prof Muhaya atau nama sebenarnya Professor Dr. Muhaya Hj. Mohamad, adalah  Pengarah Perkembangan Peribadi dan Profesional ACMS. Beliau juga merupakan Pengarah Pusat Mata, Prince Court Medical Centre. Selain merupakan seorang anak Malaysia terulung sebagai pakar mata (Uveitis), beliau juga aktif menyampaikan ceramah motivasi khususnya kupasan tentang minda dan perwatakan berkesan yang disampaikan dalam pelbagai ceramahnya di seluruh negara.
Baru baru ni,dalam rancangan Prof Muhaya di radio IKIMfm, Prof Muhaya ada share satu resipi yang beliau amalkan,

    soy protein+koko+minyak zaitun+oat+madu+susu 
Bahan-bahan kat atas diblend sekali. Resipi ni sangat baik untuk perkembangan otak, sumber tenaga serta diet yang sihat. Kita boleh guna apa saja soy protein seperti meal shakes atau ESP.Menurut Prof Muhaya, Shaklee ESP adalah kegemaran beliau. ESP Shaklee pun kegemaran Izan juga!
Fakta mengenai Energizing Soy Protein(ESP)
Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian

Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat.Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien. 

Credit to Cery Mamafaiz yang share resipi ni kat Group Shaklee GBS.
Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Kolesterol Baik vs Kolesterol Jahat

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

 

Kadar optimum kolesterol dalam badan adalah :

Jumlah Kolesterol    – Kurang dari 5.2 mmol/L
Kolesterol LDL  – Kurang dari 3.4 mmol/L
Kolesterol HDL  – Lebih dari 1.1 mmol/L
TrigliseridaKurang dari 1.7 mmol/L

Pengambilan makanan tinggi kolesterol akan meningkatkan aras LDL di dalam badan. Saranan kolesterol sehari untuk kita ialah antara 200-300 mg/ hari.

Antara tips untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badan adalah :

1. Hadkan pengambilan kolesterol kepada tidak melebihi 300 mg sehari.

2. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak tepu seperti :

  • Kaki ayam, lembu, kambing dan lain-lain 
  • Krimer, susu pekat manis, minyak sapi ,susu penuh krim dan hasilnya 
  • Sosej, burger, daging cincang 
  • Kulit ayam, lemak daging 
  • Santan, kerisik kelapa Marjerin dan mentega

3. Tingkatkan pengambilan serat. Amalkan memakan buah-buahan 1-2 hidangan sehari dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari.

4. Berhenti merokok dan elakkan minuman beralkohol.

5. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

Jom,amalkan dari sekarang !!!

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170.
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Kolesterol

Hari ni kita cuba kenali istilah- istilah yang berkait rapat dengan masalah kolesterol. 

Bila dah kenal,mudahlah untuk kita memahami asal usul dan peri pentingnya kolesterol dalam hidup. 
Kalau tak,bila sebut kolesterol…semuanya negatif.
Silap..kolesterol pun ada kepentingannya 🙂
Apa itu Kolesterol ?
Kolesterol adalah sejenis lemak di dalam badan manusia
yang merupakan komponen asas untuk membran sel,
penghasilan hormon, asid hempedu serta vitamin D. Hati
manusia boleh menghasilkan kolesterol secara semulajadi.
Kolesterol terdapat di dalam makanan bersumberkan
haiwan. Tumbuh-tumbuhan tidak mengandungi kolesterol
HDL (Kolesterol Baik )
Berfungsi mengangkut kolesterol dari saluran darah ke
hati untuk perkumuhan dan penyimpanan. Aras HDL yang
rendah akan membahayakan kesihatan.
LDL (Kolesterol Jahat)
 Berfungsi mengangkut kolesterol dari hati ke saluran darah
untuk peranan lain. Aras LDL yang tinggi akan menganggu
sistem peredaran darah yang normal dan membahayakan
kesihatan anda.
TG (Trigliserida)
Sejenis lemak ringkas di dalam aliran
darah. Paras TG yang tinggi dikaitkan
dengan pengambilan makanan bergula
dan buah-buahan secara berlebihan.
Paras TG yang tinggi juga menyumbang
kepada peningkatan LDL atau penurunan
HDL.