Selamat Datang 2012

Mungkin ada yang merasakan…
Apa Perlunya Tahun Baru?
Bagi aku tahun baru sama lah seperti hari kelahiran…semua seronok meraikannya..
Tiada apa yang berubah..hanya bilangan angka yang bertambah.

Tanpa TAHUN BARU..kita mungkin jarang2 MUHASABAH DIRI…
Apa yang TELAH kita buat ?
Apa yang AKAN kita akan buat?
Bila tiba tahun baru…kita mula mencongak2..
Apa pula azam tahun ini ?
Tercapaikah azam tahun lepas?

Yang Penting..TETAPkan semula matlamat
USAHA untuk capai matlamat…dan..JANGAN LUPA..DOA pada yang ESA..
kerana Dialah yang kuasa atas segalanya…InsyaAllah 🙂
  
Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Selamat Tinggal 2011

Alhamdulillah..2011 semakin di penghujungnya. Saya pun nak ambil peluang..tak mahu terlepas last entry untuk tahun ini..Tahun ini begitu banyak perubahan dalam hidup ini.
Sesuatu yang pernah diimpikan…tapi baru tahun ini terlaksana. Dari dulu teringin jadi blogger tapi terus terang saya tak tahu apa yang hendak dikongsikan dengan semua.. Takut terlebih-lebih menceritakan hal sendiri pulak nanti.
Hinggalah saya mula bersama Shaklee. Barulah jelas di mata..di hati..apa yang hendak dikongsikan. Saya sudah ada blog sendiri..mula berjinak-jinak dengan online biz dan semuanya mula menampakkan hasil sekarang.

Doa saya hanya..tahun depan adalah tahun yang lebih baik. Cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada. Cuma meningkatkan kebaikan baru dipupuk.
Bersyukur dikurniakan keluarga dan rakan rakan yang sentiasa menyokong segala usaha saya.
Jumpa lagi tahun depan 2012 🙂

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Bonus Kakitangan Awam 2011

Alhamdulillah…bonus dah masuk. Bagi org yang gajinya di gred Q17 macam saya ni…sangatlah bermakna bila dapat bonus di hujung tahun. Walaupun jumlahnya cuma 3 angka,Allah sajalah yang tahu betapa besarnya nilai WANG itu.

RM500 itu lah untuk persediaan sekolah anak-anak tahun hadapan, belanja pergi dan balik kampung. Ambil sedikit untuk bawa anak-anak makan kat kedai. Budak-budak pun pandai minta sekali2 makan luar walaupun mak nya memang masak sedap!hehehe. Tak sempat nak budget untuk diri sendiri. Teringin juga nak beli kasut,beg atau baju baru. Tapi..’taste’ sangatlah tinggi. Last2 apa pun takde 🙂

Sejak kenal Shaklee, saya sanggup menghabiskan duit untuk beli suplemen. Saya tak mahu hanya jadi ‘penjual’ tapi lebih suka makan & rasa sendiri manfaatnya. Saya akan terus ingat asal ‘sejarah’ saya bersama Shaklee adalah untuk membantu kawan-kawan beli suplemen & berkongsi kebaikannya. Dari situ, barulah saya mula menapak dan terus menapak hingga hari ni.

Dengan Shaklee, saya dapat bonus di tengah2 bulan. Alhamdulillah sejak November lepas saya dah mampu dapat 3 angka. Angka yang kecil berbanding pengedar Shaklee lain. Tapi,ada ke sapa2 saja bagi RM100 sebulan?

Kalau ada antara berminat,boleh hubungi saya. Tak perlu modal besar dan ada kalanya memang tak perlu MODAL langsung!

Yang penting minat, ikhlas dan sandarkan doa pada Allah. Ada usaha insyaAllah kita berjaya 🙂

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Jangan Tidur Lepas Subuh

Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.
Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH
Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh
Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,
“Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri”
Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun suboh. Kenapa ya sahabat?
Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.
“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”

JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Walaupun hakikatnya  tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.
Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?
Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?
Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?
Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”.
Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.
Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.
Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.
Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.
Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.
“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.
“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”
Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”
Ibnul Qayyim pernah berkata,“Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.
Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.
 Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Artikel iluvislam.com

 Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Diabetes Mellitus aka kencing manis

Ramai yang suka minum air manis tapi berapa ramai yang suka kencing manis??

Kencing manis atau nama lainnya diabetes adalah antara penyakit kronik yang sangat ditakuti. Ibu penyakit adalah gelaran yang melambangkan betapa besarnya kesan penyakit ini kepada individu. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar

Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal.. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. 
Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Terdapat dua jenis diabetes utama:

  • Jenis 1 – “Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)
    • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
    • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin   
  • Jenis 2 – “Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)
    • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
    • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1 2