Kelebihan Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin yang sinonim dengan wanita. 
Nak kulit cantik ?Nak kulit halus ? Tak mau muka berkedut ?
Rata-rata wanita akan mencari vitamin E. 
Walhal vitamin adalah vitamin untuk SEMUA. 
Tak kira lelaki atau wanita sangat memerlukan vitamin E.
Apa itu vitamin E ?
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: 
minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian ,bijirin, beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 
Apa kelebihan Vitamin E ?
  • memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu
  • membantu dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada. 
  • memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, 
  • mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan
  • mengurangkan tekanan darah, 
  • membantu dalam pencegahan penyakit katarak
  • meningkatkan prestasi atlit serta mengendurkan otot kaki dari kekejangan. 
  • meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. 
  • mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
  • membantu mencegah anemia 
  • membantu mencegah retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. 
  • Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. 
  • Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 
Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *