Tips Untuk Hilangkan Stress.

Bila bercerita tentang suplemen dan penyusuan, izan selalu tekankan…
Jangan STRESS
STRESS pembunuh
Jom kita tengok antara tips yang boleh kita amalkan bagi menangani stress.

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk 

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an 

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat 
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah 

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


5) Bersangka baik dengan Allah 

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan 

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat 

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati 

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri 

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


10) Cintai diri sendiri 

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Pengambilan suplemen seperti B complex sangat membantu dalam membantu mengurangkan masalah stress. Vitamin B5 mampu mengurangkan stress dan membantu metabolisme karbohidrat, lemak dan protein serta sintesis amino asid dan asid lemak. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi yang hilang atau tidak mencukupi. Sistem Penyerapan Bioaktif yang unik membolehkan Vitamin B lebih mudah diserap oleh sistem tubuh.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease  

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Shaklee Bersama Puspanita

Alhamdulillah…gembira rasanya bila dapat berkongsi cerita Shaklee bersama semua. Minggu lepas, Izan ada menyertai gerai jualan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita di tempat kerja. Izan berkongsi gerai dengan owner chomeycheeky.blogspot.com.

Asalnya, Izan lebih fokus kepada Sesi Berkenalan dengan Shaklee. Shaklee ni dah lebih 50tahun di pasaran. Tapi,masih ramai yang tak sedar tentang kewujudannya. Kalau ada yang sedar pun, masing2 tak tau ke mana nak cari kat mana. Shaklee ni tak ada pejabat stokis macam kebanyakan produk kesihatan lain. Kalau ada yang pergi melawat, boleh ke cawangan Shaklee yang berdekatan. Hubungi Izan sebelum pergi untuk dapatkan harga & konsultasi istimewa.

En. suami tengah tolong ‘cop’

Malam sebelum tu,Izan hanya sempat tidur tak sampai 1jam pun. Sebelum tu, En. suami pun ada tolong ‘cop’ nama kat pamplet. Love him..very supportive  husband!Waktu semua enak dilamun mimpi, Izan sibuk prepare segala pamplet,sign note, display sample dan macam2 lagilah. Maklumlah,Shaklee ni part time..So, tak banyak masa boleh diluangkan bila dah sibuk dengan hal kerja & rumah.

Get details for the best suggestion

Sambutan yang diterima sangatlah menggalakkan. Sesi Berkenalan yang dirancang bertukar menjadi Sesi Jejak Kasih. Macam yg Izan kata tadi, ramai juga yang mengenali Shaklee tapi tak tau nak cari di mana.
Kat sini, Izan ada kongsikan bersama-sama gambar yg En. suami tolong ambil. Tak sedar bila masa dia buat kerja2 ni. Bila bercerita tentang suplemen dan Shaklee…saya memang selalu lupa diri kejap!hihihi. Terima kasih atas sokongan semua.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease  

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Mengapa asid folik diperlukan ?

Artikel ini Izan konsikan daripada page babycenter. Kawan2 boleh dapt banyak indo mengenai kehamilan, kelahiran dan perkembangan anak2 di sini.  Sebenarnya, asid folik perlu diambil seawal kita mula menyimpan niat untuk menimang cahaya. Ini penting dalam  mencegah kecacatan pada tiub saraf bayi.

Apakah asid folik?

Asid folk adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

B Complex

Selain itu, kita juga boleh mengambil suplemen untuk melengkapkan pengambilan asid folik. Shaklee B Complex mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif  untuk memudahkan lagi penyerapan.

Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap.  Oleh itu, Shaklee menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease  

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...