Foremilk vs Hindmilk

Sebelum cerita panjang, kita tengok dulu gambar kat bawah ni.
Satu cair dan satu lagi pekat kan ?
Kiri (FOREMILK) Kanan (HINDMILK)
Apakah PERBEZAAN antara hindmilk dan foremilk
Foremilk

  • Susu yang berada di ‘hadapan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast)
  • Tinggi kandungan air dan nampak lebih cair
  • Warna kehijauan atau kebiruan  
  • Mengandungi karbohidrat,protein dan vitamin
Hindmilk
  • Susu yang berada di ‘belakang’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast)
  • Lebih pekat
  • Warna lebih pekat berbanding hindmilk
  • Mengandungi kalori dan lemak yang lebih tinggi

Kedua-dua jenis susu ini SANGAT PENTING kerana mempunyai FUNGSI yang BERBEZA

Foremilk

  • Menghilangkan rasa haus pada bayi dan kanak kerana kandungan air nya yang tinggi. Sebab itu bayi berumur bawah 6 bulan TIDAK PERLU diberikan AIR MASAK.
  • Mengandungi vitamin, karbohidrat, laktosa dan laktosa yang penting untuk sumber tenaga serta perkembangan otak bayi dan kanak-kanak

 Hindmilk

  • Mengenyangkan bayi dan kanak-kanak kerana kandungan kalori dan lemak yang lebih tinggi.
  • Menggalakkan tumbesaran bayi dan kanak-kanak

Oleh itu, pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya sama ada semasa penyusuan atau sesi pam untuk memastikan foremilk dan hindmilk diperolehi oleh bayi.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *