Vitamin E apakah yang terbaik ?

Bila melangkah masuk ke farmasi, pasti mata akan terpaku dengan dereten vitamin yang dipamerkan. Tentu tertanya-tanya…yang mana satu lebih baik kan ?
Kalau tanya pada pada sales girl atau pharmacist, biasanya ada jawapan standard yang diberikan

“SEMUA VITAMIN SAMA JER”
 
Sekiranya izan lah sales girl itu, pastinya jawapan yang diberikan adalah, 
 
PILIHLAH VITAMIN E SHAKLEE !
Ada beberapa panduan mudah yang boleh kita gunakan untuk memilih vitamin E yang baik.

  • Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. 

Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum. Tanpa selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana fungsinya tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin  A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

  • Makanlah vitamin E bersumber semulajadi 

Ia boleh dikenalpasti pada label botol vitamin anda sama ada ia ‘d’ atau ‘l’.
Bagi yang bertulis pada label dengan ‘d’ ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala ‘l’ adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 

Mengapa perlu memilih sumber asli?
Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia. Jika tidak dapat diserap oleh badan , ia akan menjadi toksik di kemudan hari dan menjadi punca kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. 

Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.


Pilihan di tangan anda !


Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email : i_izan@yahoo.com 
Sms/whatsapp : 012-2767170. 
 ID shaklee: 852405 
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju,Gdex dan Citylink, 
COD/Self Pick-up istimewa untuk anda yang berada berhampiran Bandar Baru Bangi,Sungai Merab,Bandar Baru Salak Tinggi,Kota Warisan,Jenderam,Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai dan Sepang

Alfalfa Complex Shaklee Bantu Atasi Masalah Keputihan

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, pengambilan ubat-ubatan atau penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.

 

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tidak berubah warna kepada kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan berlaku. Keputihan yang berlendir, kelihatan seperti susu basi atau berbau hanyir adalah tanda-tanda berlakunya jangkitan. Lebi serius lagi jika terdapat radang dan kegatalan pada faraj.


Adakah keputihan sesuatu yang normal ?

  • Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
  •  Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
  •  Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu.  
 

Apa perlu saya buat jikan mengalami keputihan ?

  • Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.  
  • Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
  • Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.


Di Shaklee, produk yang amat sinonim dengan masalah keputihan adalah Alfalfa Complex. Ia adalah antara suplemen yang bersifat anti kulat. Alfalfa sangat membantu terutama sekali berkaitan masalah dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogens yang berfungsi seperti Kacip Fatimah. Sifat ini sangat membantu terutamanya  bagi mereka yang mempunyai masalah dalam “hubungan” suami isteri.


Selain itu, garlic juga membantu dalam mengatasi masalah keputihan. Ia adalah antibiotik semulajadi serta antikulat juga.

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email : i_izan@yahoo.com 
Sms/whatsapp : 012-2767170. 
ID shaklee: 852405 
COD/Self Pick-up istimewa untuk anda yang berada berhampiran Bandar Baru Salak Tinggi,Bandar Baru Bangi, Putrajaya,KLIA, Nilai & Sepang pada caj minima

Tambah Berat Badan dengan Shaklee

Asyik cerita pasal nak kurus je..
Abis..kami yang memang kurus kering ni macam mana
Nak juga merasa ada isi. Ini lah luahan yang biasa izan dengar daripada mereka yang berbadan ‘kurus kering”. Pada izan, tak jadi masalah jika kita kurus tapi badan sihat, aktif serta tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Yang jadi masalah bila kurus…lemah…tak bermaya…kejap2 sakit
Yang ini kena buat sesuatu !

Apa faktor yang menyebabkan seseorang itu kurus?

  • Memiliki tahap metabolisme yang tinggi
  • Pengaruh faktor genetik
  • Keperibadian dan lingkungan sekitarnya
  • keadaan atau fungsi hormon tertentu yang mempengaruhi tahap metabolisme 

Bagi yang memiliki tubuh kurus atau BMI di bawah normal, ada beberapa cara sihat yang boleh dilakukan untuk menaikkan berat badan,iaitu:
1. Makan makanan yang mengandung kalori, vitamin dan mineral tinggi.
2. makan dengan keseimbangan yang tepat, nisbah yang disarankan adalah 60-70 peratus karbohidrat, 10-15 peratus protein dan sejumlah kecil lemak.


Pengambilan suplemen membantu melengkapkan keperluan tubuh badan serta meningkatkan kembali fungsi sistem yang terganggu.





Bagaimana ketiga-tiga produk ini menambat berat badan anda ?

Meal Shakes

  • membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. 
  • tinggi kandungan kalsium, fiber dan protein. 
  • berperisa vanila, mudah untuk ubahsuai rasa mengikut kehendak anda

Vitalea

  • membekal 23 jenis vitamin penting bersama zat besi 
  • membantu mencantikkan kulit wajah serta pertumbuhan kuku & rambut yang sihat dari akarnya.
  • Zat besi mengelakkan kelesuan, pitam dan pening yang sering dialami oleh mereka yang kurang berat badan kerana oksigen tidak dapat diangkut ke seluruh badan dengan efisien. Zat besi menggalakkan penghasilan hemoglobin yang diperlukan untuk mengangkut oksigen dalam darah

B complex

  • mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan
  • mengawalatur kadar metabolisme dalam badan
  • menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular
  • mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan *meningkatkan sistem pertahanan badan.

Jom dapatkan berat badan yang ideal melalui pemakanan dan cara hidup yang sihat !

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email : i_izan@yahoo.com 
Sms/whatsapp : 012-2767170. 
 ID shaklee: 852405 
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju,Gdex dan Citylink, 
COD/Self Pick-up istimewa untuk anda yang berada berhampiran Bandar Baru Bangi,Sungai Merab,Bandar Baru Salak Tinggi,Kota Warisan,Jenderam,Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai dan Sepang

Produk Baru Shaklee CoQHealth Plus


CoQhealth Plus Shaklee adalah Coenzyme Q10 (CoQ10) tambahan yang menampilkan CoQ10, Vitamin E dan ekstrak teh hijau yg didatangkan dalam bentuk soft gel (gel lembut).

Setiap kapsul diformulasi dengan minyak kacang soya untuk mengoptimakan kadar penyerapan. Tiada mengandungi bahan, pemanis, pewarna atau perasa tiruan.

Ciri-ciri dan fungsi Shaklee CoQHealth Plus

  • Mengandungi Koenzim Q10 yg penting utk sel tubuh bagi menghasilkan tenaga sendiri untuk kekal berfungsi

  • Mengandungi kesemua proprieteri semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan estrak teh hijau

  • Mengelakkan penyakit kardiovaskular seperti arteri tersumbat

  • Membantu rawatan pesakit kanser terutama sekali yang menerima rawatan kemoterapi
  • Membantu meningkatkan penghasilan insulin bagi pesakit diabetes
  • Merawat masalah penyakit gusi
  • Membantu merawat pesakit Parkinson
  • Membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma

 

Siapakah yg sesuai mengambil CoQHealth Plus ini? 

Suplemen ini sesuai diambil oleh semua golongan terutama sekali  mereka yg berusia 18 tahun ke atas serta individu yang ingin memelihara kesihatan jantung, meningkatkan stamina serta tenaga.


Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email : i_izan@yahoo.com 
Sms/whatsapp : 012-2767170. 
ID shaklee: 852405 
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju,Gdex dan Citylink, 
COD/Self Pick-up istimewa untuk anda yang berada berhampiran Bandar Baru Bangi,Sungai Merab,Bandar Baru Salak Tinggi,Kota Warisan,Jenderam,Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai dan Sepang

Kaedah Pengambilan GLA Complex untuk Hamil

Setiap kapsul Gla complex mengandungi 30iu vitamin E yang tergolong dalam vitamin yang mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi. Kebiasannya, vitamin yang tinggi anti oksidan tidak digalakkan di awal kehamilan kecuali atas nasihat doktor. Vitamin-vitamin ini dikhuatiri akan merencatkan pertumbuhan kerana fungsinya yang menghalang proses penuaan sel.

Ramai yang tanya, adakah terdapat kaedah khusus pengambilan GLA complex jika seseorang merancang untuk hamil ?
Sebagai langkah berjaga-jaga, pengambilan GLA complex perlu dihentikan ketika ‘waktu subur’ untuk membolehkan persenyawaan sel berlaku dengan lebih baik. 

Antara yang perlu dipraktikkan adalah :

  1. Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya sama ada 28,30 atau 36 hari dan sebagainya.
  2. Bagi yang mempunyai masalah kitaran haid tidak tetap, boleh membuat anggaran jumlah hari mengikut kebiasaan.
  3. Bahagikan hari kitaran haid kepada dua. Katakan 28 hari, maka 28/2=14.
  4. Melalui pengiraan, anggaran masa subur isteri itu adalah antara hari ke-14 hingga hari pertama haid
  5. Pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Contohnya jika hari subur antara hari ke 14 hingga hari pertama, GLA perlu diambil sehingga hari ke-13 sahaja..
  6. Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa.
  7. Sekiranya untuk ‘cycle’ berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar isteri telah hamil. Lakukan ujian kehamilan untuk keputusan yang lebih tepat.
  8. Jika tidak, ulangi langkah 5 seperti di atas
Pastikan juga GLA complex tidak diambil bersama-sama Alfalfa Complex untuk penyerapan yang optimum.

Ini adalah antara kaedah yang biasa izan cadangkan untuk mereka yang merancang untuk hamil. Di samping itu, sentiasa berdoa semoga diperkenankan segala usaha anda kerana hanya Dia yang mengetahui setiap yang terbaik untuk kita.

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email : i_izan@yahoo.com 
Sms/whatsapp : 012-2767170. 
 ID shaklee: 852405 
COD/Self Pick-up istimewa untuk anda yang berada berhampiran Bandar Baru Bangi,Bandar Baru Salak Tinggi,Kota Warisan,Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai & Sepang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1 2