Suplemen Untuk Kurangkan Berat Badan

Betulkan suplemen boleh kurangkan berat badan ?
Ada pelbagai pendapat mengenai kenyataan ini. Tapi, secara jujurnya suplemen saja tanpa kawalan makan atau latihan kecergasan takkan dapat beri kesan yang besar atau berkekalan.

Pada pendapat izan, suplemen lebih kepada ‘booster’ untuk mempercepatkan lagi proses penurunan badan serta melengkapkan keperluan nutrisi dalam tubuh.Maklumlah, bila berdiet kita akan mengelakkan makanan tertentu sedangkan terdapat keperluan nutrisi yang penting dalam makanan tersebut.

Hari ni izan nak kongsikan beberapa suplemen yang membantu dalam proses penurunan berat badan.
List ni izan dapat daripada seorang ahli kumpulan di FB sususejat.com. Boleh rujuk pada link ini. Beliau senaraikan suplemen serta fungsinya berdasarkan pembacaan dari sebuah buku mengenai Vitamin dan Mineral.

VITAMIN
B-Complex – membantu untuk menukarkan glukosa (gula) kepada tenaga  
[ Bcomplex Shaklee]
C – membantu memetabolismekan glukosa  
[ SR Vita C Shaklee ]
Choline & inositol – membantu membakar lemak  
[ Lecithin Shaklee ]
MINERAL
Kromium – meningkatkan pembakaran lemak dan mengawal rasa lapar  
[ Vitalea Shaklee ]
Iodin – memperbaiki tindakan kelenjar tiroid sekiranya ia adalah punca masalah berat badan 
[Vitalea Shaklee ]
Besi – diperlukan untuk penghasilan dan pembebasan tenaga 
[Vitalea Shaklee ]
Zink – membantu untuk mengangkut glukosa ke dalam sel-sel  
[ Zinc Complex Shaklee ]
NUTRIEN LAIN
Omega 3 – membantu mengurangkan lemak badan  
[Omega Guard Shaklee ]
Omega 6 – menukar lemak kepada tenaga  
[ GLA Complex Shaklee ]
Ko-enzim Q10 – meningkatkan metabolisme lemak 
[ CoQ Health Plus Shaklee]

Terpulang pada anda untuk membuat pilihan…senarai sudah tertulis

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email : i_izan@yahoo.com 
Sms/whatsapp : 012-2767170. 
 ID shaklee: 852405

Kaedah Pengambilan GLA Complex untuk Hamil

Setiap kapsul Gla complex mengandungi 30iu vitamin E yang tergolong dalam vitamin yang mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi. Kebiasannya, vitamin yang tinggi anti oksidan tidak digalakkan di awal kehamilan kecuali atas nasihat doktor. Vitamin-vitamin ini dikhuatiri akan merencatkan pertumbuhan kerana fungsinya yang menghalang proses penuaan sel.

Ramai yang tanya, adakah terdapat kaedah khusus pengambilan GLA complex jika seseorang merancang untuk hamil ?
Sebagai langkah berjaga-jaga, pengambilan GLA complex perlu dihentikan ketika ‘waktu subur’ untuk membolehkan persenyawaan sel berlaku dengan lebih baik. 

Antara yang perlu dipraktikkan adalah :

  1. Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya sama ada 28,30 atau 36 hari dan sebagainya.
  2. Bagi yang mempunyai masalah kitaran haid tidak tetap, boleh membuat anggaran jumlah hari mengikut kebiasaan.
  3. Bahagikan hari kitaran haid kepada dua. Katakan 28 hari, maka 28/2=14.
  4. Melalui pengiraan, anggaran masa subur isteri itu adalah antara hari ke-14 hingga hari pertama haid
  5. Pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Contohnya jika hari subur antara hari ke 14 hingga hari pertama, GLA perlu diambil sehingga hari ke-13 sahaja..
  6. Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa.
  7. Sekiranya untuk ‘cycle’ berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar isteri telah hamil. Lakukan ujian kehamilan untuk keputusan yang lebih tepat.
  8. Jika tidak, ulangi langkah 5 seperti di atas
Pastikan juga GLA complex tidak diambil bersama-sama Alfalfa Complex untuk penyerapan yang optimum.

Ini adalah antara kaedah yang biasa izan cadangkan untuk mereka yang merancang untuk hamil. Di samping itu, sentiasa berdoa semoga diperkenankan segala usaha anda kerana hanya Dia yang mengetahui setiap yang terbaik untuk kita.

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email : i_izan@yahoo.com 
Sms/whatsapp : 012-2767170. 
 ID shaklee: 852405 
COD/Self Pick-up istimewa untuk anda yang berada berhampiran Bandar Baru Bangi,Bandar Baru Salak Tinggi,Kota Warisan,Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai & Sepang

Lelaki boleh ambil GLA Shaklee tak ?

Gamma linoleic acid @GLA adalah antara bahan yang tidak dapat dihasilkan tapi diperlukan oleh badan kita. Ia diperolehi melalui pemakanan harian. Oleh itu, GLA diperlukan oleh semua golongan umur dan jantina tidak kira lelaki atau wanita.

Manfaat utama GLA :

Herba tradisi yang dipercayai
Borage adalah herba kegemaran masyarakat barat. Ia digunakan untuk merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

Mengawal atur hormon estrogen dan testosteron
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal atur kedua-dua hormon, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood tak menentu, retensi air dan kesakitan pada payudara.

Mengurangkan simptom menopous
Memperbaiki keadaan menopous seperti ‘hot flashes’, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Dalam jangkamasa panjang, pengambilan GLA melambatkan penuaan dan mengetatkan uterus

Memperbaiki prostatomegaly
GLA memperbaiki masalah prostat lelaki serta mengawal masalah kerap kencing

Menentang kanser
GLA adalah antioksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh serta menghalang pertumbuhan sel kanser

Memperbaiki inflamasi kulit
Ia mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatan,kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea dan kurap, Ia juga meringankan sakit dan bengkak kesan daripada rheumatisme dan artritis.

Menghalang komplikasi diabetes
Merendahkan gula dalam darah. Mengurangkan kebas dan kesakitan disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah.

Mengawal berat badan
GLA merendahkan kolestrol LDL serta mengawal kenaikan berat badan

Menghalang  tekanan darah tinggi
GLA menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran dan pengembangan salur darah, mengawal tekanan darah serta mengelakkan masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myorcardial infarction

Memperbaiki tekstur rambut
Membantu masalah keguguran serta rambut kering.

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email : i_izan@yahoo.com 
Sms/whatsapp : 012-2767170. 
ID shaklee: 852405 
COD/Self Pick-up istimewa untuk anda yang berada berhampiran Bandar Baru Bangi,Bandar Baru Salak Tinggi,Kota Warisan,Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai & Sepang

Perbezaan GLA Complex Shaklee dengan EPO

GLA adalah singkatan kepada sejenis linoleic asid iaitu Gamma Linoleic Acid. Ia merupakan sumber terbaik omega-6 yang tidak dihasilkan oleh badan kita.. Gamma linoleic acid adalah bahan binaan bagi prostaglandin.

Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga bersifat anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

Sumber asli GLA

  • Borage Seed : 17 % – 25 %
  • Blackcurrant : 15 % – 20 %
  • EPO : 7% – 10%

Kebanyakan GLA yang terdapat di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil. GLA Shaklee pula diekstrak daripada Borage oil. Sebab tu , ramai orang lebih mengenali Evening Primrose Oil @EPO berbanding gamma linoleic acid @GLA.

Shaklee mengekstrak GLA daripada borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan. Ia digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesannya terpelihara oleh Shaklee Guard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu diserap ke dalam sel dan tisu.

Perbandingan antara Borage Oil dan Evening Primrose Oil

  • Borage Oil mengandungi 2 kali ganda GLA daripada Evening Primrose Oil (EPO)
  • Borage Oil 3 kali lebih dari segi bioavailibiliti dan keberkesanannya berbanding EPO

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email : i_izan@yahoo.com 
Sms/whatsapp : 012-2767170. 
ID shaklee: 852405 
COD/Self Pick-up istimewa untuk anda yang berada berhampiran Bandar Baru Bangi,Bandar Baru Salak Tinggi,Kota Warisan,Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai & Sepang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1 2