Kelebihan Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin yang sinonim dengan wanita. 
Nak kulit cantik ?Nak kulit halus ? Tak mau muka berkedut ?
Rata-rata wanita akan mencari vitamin E. 
Walhal vitamin adalah vitamin untuk SEMUA. 
Tak kira lelaki atau wanita sangat memerlukan vitamin E.
Apa itu vitamin E ?
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: 
minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian ,bijirin, beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 
Apa kelebihan Vitamin E ?
  • memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu
  • membantu dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada. 
  • memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, 
  • mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan
  • mengurangkan tekanan darah, 
  • membantu dalam pencegahan penyakit katarak
  • meningkatkan prestasi atlit serta mengendurkan otot kaki dari kekejangan. 
  • meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. 
  • mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
  • membantu mencegah anemia 
  • membantu mencegah retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. 
  • Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. 
  • Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 
Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Kolesterol Baik vs Kolesterol Jahat

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

 

Kadar optimum kolesterol dalam badan adalah :

Jumlah Kolesterol    – Kurang dari 5.2 mmol/L
Kolesterol LDL  – Kurang dari 3.4 mmol/L
Kolesterol HDL  – Lebih dari 1.1 mmol/L
TrigliseridaKurang dari 1.7 mmol/L

Pengambilan makanan tinggi kolesterol akan meningkatkan aras LDL di dalam badan. Saranan kolesterol sehari untuk kita ialah antara 200-300 mg/ hari.

Antara tips untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badan adalah :

1. Hadkan pengambilan kolesterol kepada tidak melebihi 300 mg sehari.

2. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak tepu seperti :

  • Kaki ayam, lembu, kambing dan lain-lain 
  • Krimer, susu pekat manis, minyak sapi ,susu penuh krim dan hasilnya 
  • Sosej, burger, daging cincang 
  • Kulit ayam, lemak daging 
  • Santan, kerisik kelapa Marjerin dan mentega

3. Tingkatkan pengambilan serat. Amalkan memakan buah-buahan 1-2 hidangan sehari dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari.

4. Berhenti merokok dan elakkan minuman beralkohol.

5. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

Jom,amalkan dari sekarang !!!

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170.
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Kolesterol

Hari ni kita cuba kenali istilah- istilah yang berkait rapat dengan masalah kolesterol. 

Bila dah kenal,mudahlah untuk kita memahami asal usul dan peri pentingnya kolesterol dalam hidup. 
Kalau tak,bila sebut kolesterol…semuanya negatif.
Silap..kolesterol pun ada kepentingannya 🙂
Apa itu Kolesterol ?
Kolesterol adalah sejenis lemak di dalam badan manusia
yang merupakan komponen asas untuk membran sel,
penghasilan hormon, asid hempedu serta vitamin D. Hati
manusia boleh menghasilkan kolesterol secara semulajadi.
Kolesterol terdapat di dalam makanan bersumberkan
haiwan. Tumbuh-tumbuhan tidak mengandungi kolesterol
HDL (Kolesterol Baik )
Berfungsi mengangkut kolesterol dari saluran darah ke
hati untuk perkumuhan dan penyimpanan. Aras HDL yang
rendah akan membahayakan kesihatan.
LDL (Kolesterol Jahat)
 Berfungsi mengangkut kolesterol dari hati ke saluran darah
untuk peranan lain. Aras LDL yang tinggi akan menganggu
sistem peredaran darah yang normal dan membahayakan
kesihatan anda.
TG (Trigliserida)
Sejenis lemak ringkas di dalam aliran
darah. Paras TG yang tinggi dikaitkan
dengan pengambilan makanan bergula
dan buah-buahan secara berlebihan.
Paras TG yang tinggi juga menyumbang
kepada peningkatan LDL atau penurunan
HDL.
 
Hiperkolesterolemia
Hiperkolesterolemia adalah satu keadaan di mana kolesterol
di dalam badan adalah melebihi aras normal. Kolesterol
yang berlebihan akan termendap di saluran darah dan akan
menyempitkannya. Ini akan menganggu sistem peredaran
darah yang normal, seterusnya ia meningkatkan risiko anda
untuk mendapat penyakit darah tinggi dan jantung.
Entry akan datang kita belajar pulak, Berapakah paras kolesterol yang terbaik untuk kita?
Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!
1 2