Suplemen Untuk Kurangkan Berat Badan

Betulkan suplemen boleh kurangkan berat badan ?
Ada pelbagai pendapat mengenai kenyataan ini. Tapi, secara jujurnya suplemen saja tanpa kawalan makan atau latihan kecergasan takkan dapat beri kesan yang besar atau berkekalan.

Pada pendapat izan, suplemen lebih kepada ‘booster’ untuk mempercepatkan lagi proses penurunan badan serta melengkapkan keperluan nutrisi dalam tubuh.Maklumlah, bila berdiet kita akan mengelakkan makanan tertentu sedangkan terdapat keperluan nutrisi yang penting dalam makanan tersebut.

Hari ni izan nak kongsikan beberapa suplemen yang membantu dalam proses penurunan berat badan.
List ni izan dapat daripada seorang ahli kumpulan di FB sususejat.com. Boleh rujuk pada link ini. Beliau senaraikan suplemen serta fungsinya berdasarkan pembacaan dari sebuah buku mengenai Vitamin dan Mineral.

VITAMIN
B-Complex – membantu untuk menukarkan glukosa (gula) kepada tenaga  
[ Bcomplex Shaklee]
C – membantu memetabolismekan glukosa  
[ SR Vita C Shaklee ]
Choline & inositol – membantu membakar lemak  
[ Lecithin Shaklee ]
MINERAL
Kromium – meningkatkan pembakaran lemak dan mengawal rasa lapar  
[ Vitalea Shaklee ]
Iodin – memperbaiki tindakan kelenjar tiroid sekiranya ia adalah punca masalah berat badan 
[Vitalea Shaklee ]
Besi – diperlukan untuk penghasilan dan pembebasan tenaga 
[Vitalea Shaklee ]
Zink – membantu untuk mengangkut glukosa ke dalam sel-sel  
[ Zinc Complex Shaklee ]
NUTRIEN LAIN
Omega 3 – membantu mengurangkan lemak badan  
[Omega Guard Shaklee ]
Omega 6 – menukar lemak kepada tenaga  
[ GLA Complex Shaklee ]
Ko-enzim Q10 – meningkatkan metabolisme lemak 
[ CoQ Health Plus Shaklee]

Terpulang pada anda untuk membuat pilihan…senarai sudah tertulis

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email : i_izan@yahoo.com 
Sms/whatsapp : 012-2767170. 
 ID shaklee: 852405

Rahsia Lelaki Kekal Muda dan Bertenaga

Sebagai ketua keluarga yang mempunyai tanggungjawab yang besar, lelaki seharusnya mengambil berat tentang kesihatan sendiri. Ramai yang merasakan diri mereka ‘gagah’, lantas merasakan suplemen bukanlah satu keperluan. Ada juga pendapat yang mengatakan hidup lelaki bermula pada umur 40an sedangkan wanita mula mengalami ‘kejatuhan’ di awal usia 40an dan seringkali dikaitkan dengan sindrom pre-menopaus.

Tahukah anda lelaki juga akan mengalami ‘menopaus’ atau istilah yang lebih tepat adalah ‘andropaus’. Andropaus adalah penurunan tahap testosteron iaitu hormon seks utama lelaki. Bagi sesetengah lelaki, pengalaman itu berlaku secara perlahan, selain penurunan pada keinginan seks, tumpuan minda dan kecergasan fizikal. Gejala lain termasuk perubahan emosi, buncit dan penurunan tenaga membuatkan seseorang itu sering rasa penat. Masalahnya, lelaki yang menderita gejala andropaus lazimnya didiagnos sebagai mengalami krisis pertengahan usia menyebabkan mereka tidak menerima rawatan sewajarnya.

Pengambilan suplemen adalah satu usaha untuk mengawal serta mencegah masalah kesihatan yang lebih serius. Di Shaklee, kami mencadangkan tiga produk utama iaitu omega guard,zinc complex dan vitamin E complex untuk membantu anda mendapat kesihatan yang optimum. Produk- produk ini bukan untuk mereka yang berumur sahaja malah boleh diambil seawal usia 12tahun.

Omega Guard

Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 dapat meningkattkan kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah dan paras triglisirida yang normal. Omega guard juga memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi.

Zinc Complex

Zinc merangsang tindakan enzim untuk tindakbalas kimia tubuh. Zinc juga memainkan peranan besar dalam kesihatan organ seks lelaki.


Vitamin E Complex

Vitamin E berfungsi dalam memelihara kesihatan jantung, otot dan prostat. Ia juga meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan sistem imun tubuh.

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email : i_izan@yahoo.com 
Sms/whatsapp : 012-2767170. 
 ID shaklee: 852405 
COD/Self Pick-up istimewa untuk anda yang berada berhampiran Bandar Baru Bangi,Bandar Baru Salak Tinggi,Kota Warisan,Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai & Sepang

Kolesterol Baik vs Kolesterol Jahat

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

 

Kadar optimum kolesterol dalam badan adalah :

Jumlah Kolesterol    – Kurang dari 5.2 mmol/L
Kolesterol LDL  – Kurang dari 3.4 mmol/L
Kolesterol HDL  – Lebih dari 1.1 mmol/L
TrigliseridaKurang dari 1.7 mmol/L

Pengambilan makanan tinggi kolesterol akan meningkatkan aras LDL di dalam badan. Saranan kolesterol sehari untuk kita ialah antara 200-300 mg/ hari.

Antara tips untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badan adalah :

1. Hadkan pengambilan kolesterol kepada tidak melebihi 300 mg sehari.

2. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak tepu seperti :

  • Kaki ayam, lembu, kambing dan lain-lain 
  • Krimer, susu pekat manis, minyak sapi ,susu penuh krim dan hasilnya 
  • Sosej, burger, daging cincang 
  • Kulit ayam, lemak daging 
  • Santan, kerisik kelapa Marjerin dan mentega

3. Tingkatkan pengambilan serat. Amalkan memakan buah-buahan 1-2 hidangan sehari dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari.

4. Berhenti merokok dan elakkan minuman beralkohol.

5. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

Jom,amalkan dari sekarang !!!

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170.
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Kolesterol

Hari ni kita cuba kenali istilah- istilah yang berkait rapat dengan masalah kolesterol. 

Bila dah kenal,mudahlah untuk kita memahami asal usul dan peri pentingnya kolesterol dalam hidup. 
Kalau tak,bila sebut kolesterol…semuanya negatif.
Silap..kolesterol pun ada kepentingannya 🙂
Apa itu Kolesterol ?
Kolesterol adalah sejenis lemak di dalam badan manusia
yang merupakan komponen asas untuk membran sel,
penghasilan hormon, asid hempedu serta vitamin D. Hati
manusia boleh menghasilkan kolesterol secara semulajadi.
Kolesterol terdapat di dalam makanan bersumberkan
haiwan. Tumbuh-tumbuhan tidak mengandungi kolesterol
HDL (Kolesterol Baik )
Berfungsi mengangkut kolesterol dari saluran darah ke
hati untuk perkumuhan dan penyimpanan. Aras HDL yang
rendah akan membahayakan kesihatan.
LDL (Kolesterol Jahat)
 Berfungsi mengangkut kolesterol dari hati ke saluran darah
untuk peranan lain. Aras LDL yang tinggi akan menganggu
sistem peredaran darah yang normal dan membahayakan
kesihatan anda.
TG (Trigliserida)
Sejenis lemak ringkas di dalam aliran
darah. Paras TG yang tinggi dikaitkan
dengan pengambilan makanan bergula
dan buah-buahan secara berlebihan.
Paras TG yang tinggi juga menyumbang
kepada peningkatan LDL atau penurunan
HDL.
 
Hiperkolesterolemia
Hiperkolesterolemia adalah satu keadaan di mana kolesterol
di dalam badan adalah melebihi aras normal. Kolesterol
yang berlebihan akan termendap di saluran darah dan akan
menyempitkannya. Ini akan menganggu sistem peredaran
darah yang normal, seterusnya ia meningkatkan risiko anda
untuk mendapat penyakit darah tinggi dan jantung.
Entry akan datang kita belajar pulak, Berapakah paras kolesterol yang terbaik untuk kita?
Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Perlu ke kanak-kanak ambil suplemen ?

Secara umumnya, suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.
Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.
Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.

Pada pendapat Izan, seorang kanak-kanak perlu mengambil suplemen sekiranya dia :

  1. memilih makanan. Contohnya nak makan ayam goreng jer
  2. mudah demam atau sakit
  3. mengidap penyakit tertentu seperti asma,eczema dan sebagainya.

Ibu bapa perlu sedar bahawa suplemen bukanlah PENGGANTI makanan tapi PELENGKAP nutrisi daripada apa yang diambil oleh anak. Di samping pemberian suplemen, ibu bapa juga perlu kreatif dalam mempelbagaikan makanan bagi menarik minat anak untuk makan.

Keprluan nutrisi setiap individu adalah berbeza mengikut cara hidup dan kesihatan mereka. Contohnya, kanak-kanak yang mudah sakit perlu mengambil makanan tambahan yang mampu meningkatkan ketahanan tubuhnya.

Mana lebih menarik ? Makan ubat atau makan suplemen ?
Tapi,pastikan anda mendapat konsultasi dan info yang tepat sebelum mengambil sebarang suplemen. 

 Jom tengok apa yang Shaklee cadangkan untuk anak-anak kita

    Vita-lea For Children
    • Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.
    • Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
    • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
    • Baik untuk kesihatan
    • Sumber harian tambahan bagi vitamin B 
    Chewable Vita-C

    • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
    • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
    • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
    • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan
    Meal Shakes

    • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
    • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
    • Rendak lemak dan rendah glisemik
    • Sumber protein dan kalsium
    • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur 
    Omega Guard

    • Merupakan minyak ikan terbaik di dunia.   
    • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. 
    • EPA menyihatkan jantung dan sendi anda
    • DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

    Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
    FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    1 2