Kurma Makanan Sunnah

Selain daripada kajian sains, kelebihan kurma juga telah lama dinyatakan dalam Al Quran dan Sunnah.
Ini menjadi bukti, betapa tinggi khasiat kurma tanpa mengira peringkat umur atau jantina.
Di antara sumber rujukan tersebut adalah :

1. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar, katanya : “Aku melihat Rasulullah SAW
memakan buah-buahan dengan kurma masak.

2. Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat
berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia
akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

3. Ketika Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s mengandungkan baginda, Allah berfirman yang
bermaksud :
“Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang
masak..” (Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang kelebihan buah kurma kepada kaum wanita yang
sedang dalam keadaan nifas. Allah s.w.t memerintahkan Maryam memakannya sedang
beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Buah kurma mengandungi unsur zat besi dan kalsium yang tinggi bagi membentuk
susu ibu. Para ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu digalakkan memakan
kurma untuk pertambahan kandungan susu.

4. Daripada Anas yang bermaksud :
“Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum mendirikan
solat. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah s.a.w akan berbuka
dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum
beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad)
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : “Rasulullah s.a.w berbuka dengan
kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka
dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.”

5. Daripada Adiy bin Hatim, beliau berkata : “Saya mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda, “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah
kurma.””

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease  
Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email izan di i_izan@yahoo.com/sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Kelebihan Kurma

Bila tiba bulan Ramadhan,pasti ramai yang mula mencari-cari kurma.
Kurma merupakan sejenis tumbuhan Palma dan kebanyakannya tumbuh di negara-negara
Arab. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekah dan Madinah yang dikatakan mempunyai
pelbagai jenis. Kurma boleh dimakan secara mentah atau dimasak.

Kurma sering menjadi pilihan utama ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak.
Di antara kelebihan kurma kepada ibu-ibu ini adalah :
1. Kaya dengan fosforus dan kalsium untuk merangsang penghasilan air susu ibu.
2. Zat besi yang mengurangkan risiko terjadinya pendarahan bagi ibu mengandung.
3. Potassium yang sangat kuat pengaruhnya untuk menyesuaikan kadar asid dalam perut.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.
5. Vitamin-vitamin lain yang mampu menampung keperluan nutrisi pada tubuh, seterusnya melawan penyakit-penyakit.
6. Mengandungi kesan untuk menenangkan urat saraf. Ibu mengandung yang dalam keadaan melahirkan amat memerlukan buah kurma ini.
7. Membantu mengecutkan rahim, sebagaimana dilakukan Sayyidah Maryam a.s yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa a.s.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease  

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email izan di i_izan@yahoo.com/sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Puasa dan Detoksifikasi

Secara dasarnya puasa adalah salah satu proses detoksifikasi (detoxification process) yang baik. Detoksifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun ataupun toksin. 
servis kereta@servis badan@detoksifikasi
Puasa sebenarnya mampu meningkatkan lagi keupayaan tubuh badan bagi tujuan penyahtoksidan dan pembersihan. Seseorang yang berpuasa telah memberi ruang masa yang mencukupi kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki lagi keadaan diri mereka yang telah rosak yang selama ini tidak dapat dipenuhi akibat dari pertambahan beban makanan. 

Ketika berpuasa juga, aktiviti pembersihan badan menjadi lebih menyeluruh dan segala toksin dapat dikeluarkan dari kolon, buah pinggang dan pundi kencing serta paru-paru dan kulit. Keadaan ini akhirnya melapangkan kesan sumbatan yang berlaku pada dinding dan saluran sistem pemakanan dan pernafasan lalu memberi cukup bekalan oksigen kepada sel-sel dalam badan dan menjadikannya lebih bertenaga. 

Pembersihan sisa toksin dalam kolon umpamanya amat penting bagi kesihatan sistem penghadaman dan pencegahan barah usus dan RasululLah s.a.w sendiri mengamalkan aktiviti pembersihan kolon ini di mana berpuasa amat berkesan bagi tujuan ini.

Apabila sistem dalam badan kembali pulih, ini adalah masa yang paling sesuai untuk memulakan pengambilan suplemen. Proses penyerapan suplemen lebih berkesan serta memberikan kesan yang lebih menyeluruh pada badan seseorang. Bayangkan seperti kereta yang baru diservis,pasti proses pemanduan lebih lancar dan selesa. Dah banyak macam iklan minyak pelincir pulak!hehehe
Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
Jangan tunggu lagi!!

‘Open House Raya’

Cuti panjang 3 hari pastinya sibuk menghadiri rumah terbuka..kat rumah terbuka pulak..puas menjamu selera.
Yang manis2..berlemak2..berkolestrol tinggi memang sedap..
Bukan tak boleh makan..cuma berpada2…


Saat2 ini tak rugi kalau Shaklee bersama anda :


B Complex

  1. Membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan.
  2. Membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
  3. Penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda kulit yang licin dan kelihatan muda
  4. Melambatkan rambut beruban,membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku.

Lecithin

  1. Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  2. Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  3. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  4. Membantu kawal paras triglycerides
  5. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  6. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

GLA Complex

  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2.  Membantu meningkatkan kesuburan
  3.  Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  4.  Membantu dalam menangani menopus
  5.  Menguatkan kuku dan rambut
  6.  Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  7.  Membantu menangai ekzema
  8.  Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  9.  Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10.  Menguatkan imuniti tubuh
  11.  Memperlahankan proses penuaan
  12.  Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13.  Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14.  Mengawal kolesterol
  15.  Untuk fungsi saraf

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Persediaan Sebelum Puasa

Ramai yang beranggapan Shaklee adalah produk untuk meningkatkan kuantiti susu. Pada pendapat izan, apa yang penting adalah penuhi SYARAT UTAMA ini dahulu.Tidak dapat dinafikan, pengguna utama produk shaklee adalah ibu-ibu yang menyusukan. Kebimbangan ibu ibu ini terhadap kuantiti susu yang mereka hasilkan semakin menjadi-jadi apabila memikirkan bulan Ramadhan yang bakal menjelma. Ramai yang tidak yakin mampu menyusukan anak-anak mereka sepanjang bulan yang barakah ini. 

Persedian fizikal dan mental penting supaya ibu-ibu lebih bersedia menghadapi ramadhan nanti.  
Persediaan fizikal.

Untuk berpuasa dan menyusukan anak, si ibu perlulah mempunyai kesihatan yang optimum. Bagaimana nak menghasilkan susu dengan baik dalam keadaan sakit? Maka penjagaan makanan sangat penting. Sebelum berpuasa pastikan si emak jangan sesekali skip makan. Ambil meal seimbang dan jika mampu dapatkan supplement bagi membantu badan si emak mendapat semua keperluan vitamin yang tidak dapat dipenuhi melalui makanan yang diambil tadi. Pengambilan air juga sangat penting demi memastikan si ibu tidak dehydrate.


* Pengambilan supplement yang disyorkan bagi persediaan menghadapi bulan puasa ialah  

ESP– membantu penghasilan susuibu dengan cepat apabila pengambilan air yang mencukupi.

Performance Drink
– membantu keseimbangan kandungan gula dalam darah si ibu agar tak mudah pengsan apabila berpuasa sambil menyusukan anak. Selain itu ia membantu agar badan ibu tidak dehydrate sepanjang berpuasa. *boleh diambil pada hari tidak puasa juga.

Alfalfa
– well known milk booster. Kandungan protien di dalamnya membantu penghasilan susuibu dengan cepat. Option lain bagi yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan ESP.

Basic vitamin- Multivitamin, B complex dan Vitamin C
.

Pengambilan vitamin ini sebelum puasa sangat digalakkan kerana :
1. Supplement yang disyorkan membantu penghasilan susuibu dengan cepat jika pumping session yang konsisten dan air yang mencukupi.

2. Susuibu akan lebih pekat. Anak akan minum kurang tetapi cepat kenyang. Dengan ini si ibu mudah buat stok.

# Please do consult with me for those yang nak jadual pemakanan vitamin khusus pada bulan puasa.

Persediaan Mental:

Persediaan mental boleh dimulakan dengan menjaga solat dengan baik. Mulakan zikir yang mudah…seperti Subhanallah, Alhamdulillah, La ila ha illallah, Banyakkan mengaji antara surah yang digalakkan ialah al Waqiah. Solat2 sunat seperti Dhuha dan Tahajud membantu meningkatkan keimanan kita. Bila iman kita kuat, nescaya semangat untuk menyusukan anak semakin menebal.

Semoga ibu2 yang menyusu mendapat rahmat dan kebahagian di sisi Allah Taala. Amin.

credit


Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1 2