Eu – Four Pack

Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini?
Eu-Four Pack Set
Kandungan Set Eu-Four Pack :
  • Multivitamin with Iron@Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
Set ini diberi nama Eu-Four Pack kerana ia mengandungi 4 vitamin asas yang penting untuk tubuh 
Eu-Four Pack sesuai untuk :
  1. ibu yang mengandung
  2. ibu yang menyusukan anak mereka
  3. ibu yang sering stress dan keletihan
  4. suami yang sering keletihan dan sukar mendapat tidur yang berkualiti
  5. sesuai untuk ibu dan ayah kita.
  6. mereka yang ada masalah sakit pinggang, lenguh-lenguh badan,tumit kaki pecah dan sukar bangun tidur.
Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

OSTEMATRIX booster terbaik selain ALFALFA.

Ramai ibu yang bertukar milk booster halba a.k.a fenugreek terutama apabila en suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susubadan setelah si ibu mula consume  halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.

Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?
Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka option lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan  harian diet yang kaya dengan protien.

Tahukah anda?


Protien

Tahukah anda komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.

Kalsium
Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah snagat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susuibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml  susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.

Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!!

Vitamin
Disamping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susuibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susuibu.

Air.
Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari…maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Set Penyusuan Shaklee : Mana satu yang sesuai untuk anda?

Terdapat tiga pilihan untuk set penyusuan :

1. Set B 

Set ini sesuai untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata.

Apa yang ada dalam set B ?

  • Vitalea with iron formula,
  • Vitamin B – untuk pertumbuhan otak dan emosi
  • Vitamin C – sistem imun
  • Alfalfa – merangsang untuk mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

2. Set E

 Set ini sesuai untuk ibu yang mempunyai kekangan untuk melengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini?

Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.




3. Set 3M

Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix.


Siapa yang perlu amik set ini?

Set ini digalakkan kepada:

  • ibu yang ada masalah penyusuan,
  • ibu yang nak mula menyimpan stok,
  • ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
  • ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

. 
Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 

FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Persediaan Sebelum Puasa

Ramai yang beranggapan Shaklee adalah produk untuk meningkatkan kuantiti susu. Pada pendapat izan, apa yang penting adalah penuhi SYARAT UTAMA ini dahulu.Tidak dapat dinafikan, pengguna utama produk shaklee adalah ibu-ibu yang menyusukan. Kebimbangan ibu ibu ini terhadap kuantiti susu yang mereka hasilkan semakin menjadi-jadi apabila memikirkan bulan Ramadhan yang bakal menjelma. Ramai yang tidak yakin mampu menyusukan anak-anak mereka sepanjang bulan yang barakah ini. 

Persedian fizikal dan mental penting supaya ibu-ibu lebih bersedia menghadapi ramadhan nanti.  
Persediaan fizikal.

Untuk berpuasa dan menyusukan anak, si ibu perlulah mempunyai kesihatan yang optimum. Bagaimana nak menghasilkan susu dengan baik dalam keadaan sakit? Maka penjagaan makanan sangat penting. Sebelum berpuasa pastikan si emak jangan sesekali skip makan. Ambil meal seimbang dan jika mampu dapatkan supplement bagi membantu badan si emak mendapat semua keperluan vitamin yang tidak dapat dipenuhi melalui makanan yang diambil tadi. Pengambilan air juga sangat penting demi memastikan si ibu tidak dehydrate.


* Pengambilan supplement yang disyorkan bagi persediaan menghadapi bulan puasa ialah  

ESP– membantu penghasilan susuibu dengan cepat apabila pengambilan air yang mencukupi.

Performance Drink
– membantu keseimbangan kandungan gula dalam darah si ibu agar tak mudah pengsan apabila berpuasa sambil menyusukan anak. Selain itu ia membantu agar badan ibu tidak dehydrate sepanjang berpuasa. *boleh diambil pada hari tidak puasa juga.

Alfalfa
– well known milk booster. Kandungan protien di dalamnya membantu penghasilan susuibu dengan cepat. Option lain bagi yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan ESP.

Basic vitamin- Multivitamin, B complex dan Vitamin C
.

Pengambilan vitamin ini sebelum puasa sangat digalakkan kerana :
1. Supplement yang disyorkan membantu penghasilan susuibu dengan cepat jika pumping session yang konsisten dan air yang mencukupi.

2. Susuibu akan lebih pekat. Anak akan minum kurang tetapi cepat kenyang. Dengan ini si ibu mudah buat stok.

# Please do consult with me for those yang nak jadual pemakanan vitamin khusus pada bulan puasa.

Persediaan Mental:

Persediaan mental boleh dimulakan dengan menjaga solat dengan baik. Mulakan zikir yang mudah…seperti Subhanallah, Alhamdulillah, La ila ha illallah, Banyakkan mengaji antara surah yang digalakkan ialah al Waqiah. Solat2 sunat seperti Dhuha dan Tahajud membantu meningkatkan keimanan kita. Bila iman kita kuat, nescaya semangat untuk menyusukan anak semakin menebal.

Semoga ibu2 yang menyusu mendapat rahmat dan kebahagian di sisi Allah Taala. Amin.

credit


Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Set Penyusuan

Set Penyusuan

Set ini adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah pelbagai (selain penggalak susu)

Pek ini mengandungi 4 supplement asas Shaklee iaitu

  • Vita Lea Iron Formula (multivitamin) 
  • B-Complex 
  • Vita-C
  • Alfalfa 

Cara pengambilannya ialah

  • 1 biji sehari untuk Vita Lea, B Complex dan Vita C
  • 1-10 biji sehari untuk Alfalfa

Vitamin Shaklee membanyakkan susu?

Tidak secara sendirian. Shaklee Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susuibu, 3 perkara utama ini sangat penting iaitu

1) menyusukan bayi sekerap mungkin atau bagi ibu yang bekerja buatlah sesi perahan di pejabat secara konsisten. Memang banyak cabaran bagi ibu bekerja untuk membuat sesi perahan yang tetap namun jika ada niat yang baik, insyaAllah, ALLAH bukakan jalan kemudahan. Jika tak pam, maka vitamin tadi hanya membantu ibu sihat dan bertenaga namun tidak membantu mendapat susu dengan banyak dan sendirinya tanpa mengepam.

2) Pengambilan air bagi ibu yang menyusu perlulah seimbang. Sekurang-kurangnya 2L sehari bagi yang tidak amalkan pengambilan apa2 vitamin. Bagi yang makan vitamin, 3 L adalah cadangan supaya tubuh dapat menyerap semua vitamin yang kita makan dengan lebih baik.

Akhir sekali ialah
3) doa. Doa mohon ALLAH berikan kemudahan dalam menyediakan susuibu, doa semoga ALLAH beri kemudahan untuk memerah ditempat kerja, doalah semoga susuibu yang terhasil itu berkat dan memberi rasa nikmat kekenyangan buat si manja tersayang. Doalah semoga rakan seperjuangan berjaya dalam penyusuan dan banyakkan doa yang baik. Law of attraction, doa yang baik akan dapat yang baik.

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

1 2 3 4