Puasa dan Detoksifikasi

Secara dasarnya puasa adalah salah satu proses detoksifikasi (detoxification process) yang baik. Detoksifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun ataupun toksin. 
servis kereta@servis badan@detoksifikasi
Puasa sebenarnya mampu meningkatkan lagi keupayaan tubuh badan bagi tujuan penyahtoksidan dan pembersihan. Seseorang yang berpuasa telah memberi ruang masa yang mencukupi kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki lagi keadaan diri mereka yang telah rosak yang selama ini tidak dapat dipenuhi akibat dari pertambahan beban makanan. 

Ketika berpuasa juga, aktiviti pembersihan badan menjadi lebih menyeluruh dan segala toksin dapat dikeluarkan dari kolon, buah pinggang dan pundi kencing serta paru-paru dan kulit. Keadaan ini akhirnya melapangkan kesan sumbatan yang berlaku pada dinding dan saluran sistem pemakanan dan pernafasan lalu memberi cukup bekalan oksigen kepada sel-sel dalam badan dan menjadikannya lebih bertenaga. 

Pembersihan sisa toksin dalam kolon umpamanya amat penting bagi kesihatan sistem penghadaman dan pencegahan barah usus dan RasululLah s.a.w sendiri mengamalkan aktiviti pembersihan kolon ini di mana berpuasa amat berkesan bagi tujuan ini.

Apabila sistem dalam badan kembali pulih, ini adalah masa yang paling sesuai untuk memulakan pengambilan suplemen. Proses penyerapan suplemen lebih berkesan serta memberikan kesan yang lebih menyeluruh pada badan seseorang. Bayangkan seperti kereta yang baru diservis,pasti proses pemanduan lebih lancar dan selesa. Dah banyak macam iklan minyak pelincir pulak!hehehe
Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
Jangan tunggu lagi!!

Suplemen Bukan Ubat

Menurut wikipedia, Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Sesetengah ubat hanya memberi kelegaan sementara atau ‘tahan sakit’ sementara badan kita membina antibodi untuk melawan sakit tersebut contohnya seperti demam makan p******.
Sebagai pengamal suplemen.selalu orang akan tanya. Kalau makan suplemen kita sihat jer ker?Makan suplemen ni boleh ubat gatal-gatal anak saya ni  tak?Produk ni boleh tambah susu tak?
 
Sejujurnya,saya sendiri tak dapat nak bagi jawapan “gerenti baik kak!

Pada kes tertentu :
  1. Suplemen membantu mengurangkan ketidakselesaan pesakit. Contohnya, kawan saya Cik Yus yang  mengamalkan suplemen untuk mengawal penyakit psoriasis yang dihidapinya. Boleh baca cerita dia kat sini
  2. Suplemen seperti alfalfa dan kalsium diambil oleh ibu yang menyusukan anak untuk menambah kuantiti susu yang dihasilkan.Suplemen tidak kan membantu sekiranya ibu ini tidak mempraktikkan syarat utama iaitu kerapkan penyusuan/pam konsisten,minum lebih air dan tiada usaha serta tawakal atas kuasaAllah.
  3. Suplemen diambil untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Contohnya,ibu mengandung mengambil Vita-lea dengan zat besi kerana masalah anemia. InsyaAllah, jika istiqamah pasti ibu ini akan lebih bertenaga selepas ini.
Ada banyak lagi kes lain,maka, tak mungkin jawapan saya
“Gerenti…kalau awak makan suplemen ni…baik punyalah!”

Apa yang penting pada saya,suplemen pada dasarnya adalah usaha kita untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik. Kesannya berbeza mengikut individu.Usaha..usaha dan usaha. Tanya diri ..Perlu ker saya ambil suplemen?

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

‘Supermak’

Korang tengok tak cerita supermak kat TV3 tu. Ala….yang heroinnya Nasha Aziz tu! Kalau nak diikutkan aku rasa aku ni pun ‘supermak’ jugak. Cuma ..kadang-kadang lebih kepada ‘kelam kabut mak’. Semua benda nak dibuat. Semua benda nak nampak sempurna. tapi..paling takut bila seorang ‘mak’ mula lupa menjadi seorang ‘isteri’. Ingatan untuk diri sendiri…Nauzubillah….

Seawal pagi kena bangun..menyiapkan semua urusan. Pi keje daripada pukul 8-5pm.Balik sambung lagi keje umah. Penat macam mana pun kena masak  sebab ada orang nak makan. Tapi,cukup bertuah dapat suami & anak yang tak berkira sangat. Makan apa yang ada dan ada kalanya tolong masak sama ๐Ÿ™‚

Aku pun baru belajar buat online biz,jual baju,kasut baby & kanak. Jenguk2 lah yer…kot2 ada yang berkenan. Jangan dilupa juga Shaklee buah hati ni. satu lagi cabang biz yang asalnya cuma untuk perkongsian…Akhirnya, jatuh cinta & makin kukuh ikatan!Berbunga nyer ayat malam ni ๐Ÿ™‚

Dalam waktu yang sama, aku juga pelajar pengajian jarak jauh USM ijazah pertama dalam jurusan Kimia.Tahun ni masuk tahun kedua. Nasib baiklah kebanyakan kelas boleh streaming tapi ada masanya kena turun pusat wilayah juga untuk buat lab. Belajar sendiri ada susah senangnya. Perkara yang paling susah adalah untuk menguruskan masa. Sampai sekarang pun aku masih ting tong & selalu hilang fokus. Perancangan ada tapi selalu tak terlaksana sebaiknya.

Malam ni rasa letih sangat. Badan mula sakit..hidung pun mula sok seh sana sini. Nak kena demam raya jugak ker?So, plan malam ini tido awal …Esok..bangun & plan semula hidup yang tunggang langgang ni…Sebelum tu ambil 2 biji Vita-C dan patah dua untuk kesan segera.Ostematrix jangan lupa supaya tido lebih lena. 3 biji lecithin dah makan lepas dinner tadi…supaya badan makin anggun!hehehe Lastly,bawalah bekal air bila tido..cuaca malam panas betul sekarang ni…ker…sebab rumah aku tak ada air cond ๐Ÿ™‚

‘Supermak’ kena cukup tido,cukup makan, cukup rehat. Kalau ada yang kurang kena tambahkan contohnya ambillah suplemen kalau dah tahu hari2 tido,makan & rehat tak cukup ๐Ÿ™‚ Dan…kena byk2 doa supaya kita kuat!kuat!kuat!

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Kenapa Perlu Ambil Vitamin

Pencemaran Buah-buahan dan Sayuran
Biasanya,bila nak beli sayur atau buah-buahan,kita akan pilih yang paling segar,tak berlubang2 atau berulat. Tanpa disedari kita telah memilih makanan yang telah’diracun’ untuk memastikan ia nampak segar dan sihat. Kalau nak beli yang ‘organik’ pula harganya tak mampu dibayar oleh ramai orang.
 Penyusutan Nutrisi dalam Makanan

Tanah untuk pertanian semakin berkurangan untuk memberi laluan kepada sektor perindustrian dan lain-lain.Nilai nutrisi dalam tumbuhan (buah dan sayur) akan berkurangan apabila tanah digunakan berulang kali untuk pertanian. Benda ni kita dah belajar masa sekolah dulu kan?

Cara masakan kita juga sering memusnahkan nutrisi yang terdapat pada tumbuhan tersebut. Kalau Izan, bila masak suka yang goreng2,tumis2..yang rebus2 tak suka sangat.  Sayur yang dimasak terlalu lama merosakkan vitamin yang terkandung di dalamnya. Apa yang tinggal? Kita makan  sisa2 serat sayur sajalah nampaknya.

Sebelum itu pun, buah-buahan  ni pun dah puas berpindah randah dari ladang,gudang sampai lah ke kilang. Bila dah ada di kedai, kandungan vitamin buah-buahan tersebut mula menyusut. Kalu buah epal tu, puas dah turun naik kapal terbang.

Pendedahan Terhadap Pencemaran
Setiap hari kita kita terpaksa menghidu asap kenderaan, asap rokok dan sentiasa terdedah dengan persekitaran yang sangat tidak sihat. Lebih-lebih lagi orang yang kerjanya di makmal kimia macam aku ni. Walaupun pelbagai langkah berjaga-jaga diwujudkan…belum tentu semua orang ikut. Pencemaran udara menjadikan tubuh kita banyak menghasilkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan.Secara langsung benda- benda ini mendedahkan kita kepada banyak risiko termasuklah kanser.



Gaya Hidup Tidak Sihat
Tabiat tidak menjaga pemakanan seperti tidak makan pada waktu makan, terlalu banyak makan boleh memudaratkan kesihatan. Pengambilan makanan rapu membekalkan badan dengan bahan yang tidak perlu contohnya MSG, garam, gula berlebihan dan sebagainya

Stress,kepenatan dan sebagainya juga menyebabkan banyak nutrien seperti B kompleks mudah musnah.

Penyerapan Nutrisi Yang Terganggu
Pengambilan ubat-ubatan dan kafein juga mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap vitamin dari makanan.Dahlah banyak makan rapu. Makanan yang berkhasiat pula dah tercemar. Tinggal yang sikit2 tu  tak dapat pulak diserap. Kasihan saya!huhuhu
Keperluan Lebih Tinggi Terhadap Nutrisi Tertentu 
Sesetengah individu seperti ibu mengandung dan menyusukan memerlukan dos yang lebih tinggi bagi nutrien tertentu seperti vitamin C. Biasa kita dengar, ibu yang menyusukan sering mengalami masalah bengkak gusi,gigi rosak dan sebagainya. Ini semua adalah kesan kekurangan nutrisi dalam badan individu tersebut

So…rasanya perlu ke kita ambil vitamin  ๐Ÿ™‚


Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Salam Aidilfitri

Hari ni dah seminggu kita menyambut Syawal  1432 tahun ini. Letihnya rasa badan. Petang tadi baru  balik dari Perak..Untuk yg tak tahu..aku ni org Johor & husband plak org Perak..Maka, beginilah rutin kami setiap tahun..mengukur highway dari Selatan ke Utara…Alhamdulillah..jalan tak lah sesak sangat petang tadi. Kenderaan banyak tapi masih ada pergerakan.Taklah seperti tahun-tahun yang lalu. Cuma…hujan kat dua tiga tempat..so..traffic slow sikit. 

Musim-musim raya ni memanglah makan jadi aktiviti utama. Nak kata apa..orang Malaysia memang murah dengan makanan. Dalam bersenang lenang…jangan dilupa mereka yang susah yer..bantulah sekadar yang termampu. Tak lupa..takziah kepada keluarga Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 39, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somali. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah pada arwah…moga roh nya dicucuri rahmat Allah…amiinnn

Husband & anak -anak pun nampaknya tak berapa sihat 2/3 hari ni.Kejap selsema,batuk & panas. Mungkin cuaca tak menentu hujan & panas. Nasib baik juga budak-budak ni pun tak berapa suka ais..kalau tidak..lagi kuat penangannya.

Yang seronok nya…husband dah pandai plak minta Vita C  bila hidung mula berair. Pandai pula patahkan & ambil dua biji sekali. Dia pun dah mula mengakui..kesan vita C memang segera. Tapi harus diingat..Vita C bukanlah ubat yer ๐Ÿ™‚

Aku pun kena double intake Vita C juga sebab Hadif pun selesema. Alhamdulillah…nampak berkurangan. Yang penting terus mandikan anak walaupun selsema. Bila malam..sapukan minyak di dada,belakang dan kaki. Pakaikan stokin ..insyaAllah..itu usaha yang boleh kita lakukan. Selebihnya berserah pada Allah & jumpa doktor jika tiada sebarang perubahan.

Ok lah..malam makin larut. Jumpa lagi esok ๐Ÿ™‚

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1 2 3