Me & Shaklee-Part 1

Aku mula kenal Shaklee masa mula2 join Susuibu.com tahun 2007. Masa tu baru nak berjinak2 ngan BF..Sambil berpantang lahirkan Faiz…byk masa aku habiskan depan lappy…study mcm mana nak handle & storage EBM,pasal pam, etc…Nasib baik tak terlalu lewat.Masa tu lah baru nak beli pam,beli peti ais..Kalau diingat2…syukur sgtlah bersuamikan En. Idros yg sentiasa menyokong tindakan isterinya ni!hehehe. Masa tu MLO pun takde kedai lg..abg sayang tu lah pi rumah Kak Rita MLO ambil pam..bibik Kak Rita yg layan..superb!

Balik ker Shaklee… masa dok melepak kat forum tu lah..aku perasan ada sorang forumer aka Kak N ni selalulah suggest Shaklee kat ibu2 yg bermasalah pasal supply BM ni..aku xdelah amik tahu sgt pasal stok aku yg melimpah ruah tak muat peti ais tu!Sombongnya aku waktu tu…Belek2 blog Kak N..terdetik jugak..bagus gak supplement ni..tp..mahal nyer..so..abaikan ajer lah :))

Dua thn lepas tu, Faiz dah umur 2thn..aku pun dah mula sambung belajar..menguruskan diri sendiri,En. Idros & dua bdk2 tu amatlah meletihkan..balik keje jer terlungkup..aku mulalah google sana google sini…terjumpa semula Kak N…Ehhh!!Skrg Shaklee ada trial pack lah..RM80 paling cikai..pikir2 lagi tu..umo dah 30..makan tak tentu arah..tulang pun makin reput!hehehe..mungkin ni lah masanya..aku kena start makan suplement..

Aku pun belilah basic set tu..RM80..jujurnya..tak adalah selepuk gitu kesannya…tp..itukan lebih baik drp langsung tak consume apa2!hehehe..aku pun tak lah makan tiap2 hari ON & OFF..al maklumlah harganya agaklah mahal banding ngan gaji aku tu..yg aku perasan..mata segar sikit masa bgn pagi..xdelah terpisat2 sgt..

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Mari mengenal sembelit: Tahi merajuk tak mahu keluar?


June 2, 2011 Posted by Joy Kalonas under Health

Ramai yang berasa malu apabila berbicara (mengaku) mengenai sembelit memandangkan perbualan berkenaan tahi ini mungkin dianggap perkara yang tak senonoh, busuk, dan menjijikkan. Tetapi dalam waktu yang sama, ramai di kalangan kita yang mengalami sembelit. Bukankah ini sesuatu yang ironi? Perkara yang sering kali berlaku dalam masyarakat kita, tetapi tidak mahu dibualkan dengan alasan ‘SEGAN’! Oleh yang demikian, aku tergerak hati sedikit untuk menulis entri berkenaan sembelit ini supaya ‘orang-orang yang segan’ ini tahu bahawa sembelit ini bukan lagi sesuatu yang ‘taboo’ untuk dibicarakan.

Setiap orang mempunyai pola berak yang berbeza. Ada yang berak 2 kali sehari, ada yang berak lebih dari itu (diarrhea), ada yang berak sekali sehari (yang ni normal), ada juga yang berak 3 kali seminggu. Kekerapan seseorang itu berak memang berbeza, ini semua orang tahu. Tetapi bagaimana pula dengan situasi yang dikenali sebagai sembelit? Mungkin ramai yang percaya sembelit bermaksud tahi itu tidak terkeluar langsung ketika berak, namun hakikatnya dari aspek perubatan ia adalah situasi di mana seseorang itu pergi ke tandas dengan kadar yang kurang berbanding biasa, atau keadaan dimana seseorang itu sukar untuk melepaskan lawas (berak). Jika kebiasaannya anda berak 4 kali seminggu, namun tiba-tiba pada minggu ini anda hanya berak 2-3 kali sahaja, anda sebenarnya sudah mengalami sembelit!

Makanan yang kita makan, selepas melepasi tahap pencernaan di perut, akan melalui pula laluan usus. Makanan-makanan ini sekali lagi akan melalui proses peristalsis, di mana otot usus akan berkontraksi (kembang kucup secara berritma) untuk menggerakkan makanan ini dari satu titik ke titik yang lain. Sepanjang melalui usus, semua nutrien yang terkandung dalam makanan ini akan diserap ke dalam darah, seterusnya digunakan untuk metabolisma tenaga atau fungsi fisio tubuh badan yang lain, sebelum takdirnya yang terakhir iaitu keluar dari lubang punggung sebagai lawas. Kebiasaannya, lawas manusia akan terdiri (komposisi) dari air, sumber serat yang tak tercerna, lemak-lemak yang tak tercerna, dan jutaan bakteria terutamanya dari jenis E. coli (itu pasal tahi berbau busuk, bakteria dan toksinnya itu berbau busuk). Boleh baca lagi maklumat berkenaan tahi di sini.

Untuk melancarkan proses peristalsis ini, gerakan lawas perlulah cukup besar untuk membantu merangsang kontraksi usus, disamping lawas juga perlulah lembut supaya mudah ‘bergerak’ di dalam usus.

Gejala-gejala umum sembelit adalah meliputi (sekiranya anda mempunyai salah satu daripada gejala ini, maka memang sah anda sudah mengalami sembelit):

  1. Kekerapan untuk berak berkurangan berbanding biasa
  2. Perlu teran sampai muka menjadi merah ketat ketika berak
  3. Terasa sakit ketika berak
  4. Tahi kelihatannya sangat kering dan keras, dah rupa macam tahi arnab atau tahi kambing.
  5. Tidak berasa puas selepas berak – terasa macam ada lagi tahi yang tak keluar.
  6. Teran punya teran, alih-alih seketul tahi pun tak terkeluar. Keluar tandas dengan muka yang hampa.
  7. Kadang-kadang proses meneran itu boleh mengakibatkan pendarahan pada dubur (lubang punggung)
  8. Selain itu, mereka yang mengalami sembelit akan cepat berasa kenyang ketika makan.

Punca-punca umum sembelit meliputi:

  1. Kurang pengambilan air
  2. Kurang pengambilan serat
  3. Kurang aktif
  4. Stres
  5. Malas nak ke tandas
  6. Pandang remeh apabila terasa pola untuk berak itu semakin mengurang
  7. Punca lain termasuklah pengambilan beberapa ubat (seperti ubat penghilang rasa sakit), beberapa keadaan perubatan dan perubahan persekitaran (pergi bercuti).

Cara mudah untuk mengatasi sembelit:

  1. Lakukan senaman secara kerap. Disamping mengurangkasn stres, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, proses peristalsis juga menjadi semakin pantas (cepat berak).
  2. Minum air secukupnya – ramai mengesyorkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, tetapi bagi aku, bab minum-minum air ni hanya perlu dengar pada tubuh anda. Minum apabila mula terasa dahaga, dan perhatikan warna air kencing. Sekiranya mula berwarna kuning pekat, perbanyakkan minum air.
  3. Makan lebih banyak serat, termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi, dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari.
  4. Jangan malas nak ke tandas!

Dapatkan nasihat perubatan yang selanjutnya sekiranya sembelit anda adalah pada peringkat yang lebih parah (sakit perut, muntah-muntah, dan lawas mengandungi lendir/darah)

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Halal ker Shaklee?

Memandangkan ada segelintir pengguna yang agak ragu-ragu dengan isu halal atau tidak gelatin yang digunakan dalam produk Shaklee, saya terpanggil nak kongsikan status HALAL Shaklee agar kita semua boleh terus amalkan Vitamin Shaklee tanpa was-was lagi selepas ini. InsyaAllah!! 
 


Semasa berada di negara yang majoriti nya ialah non-muslim (Jepun), saya sudah terbiasa untuk membelek segala ingredients setiap satu2 makanan, mahupun barangan (some products were made from pig skin). Walaupun dah pernah membeli makanan itu beratus kali, saya masih tetap akan perhatikan bahan2 nya, sebelum masukkan dalam trolley. Tapi, sebab dah terbiasa kan, tidaklah mengambil masa yang lama untuk belek ingredients tue. Mata dah seperti ala2 scan machine. Hehehe. Perkataan yang paling mata saya alert selain b4b1 ialah “gelatine“.

Bila menggunakan supplements Shaklee, perkara pertama yang saya periksa pastilah status ke’halal’an nya. Bila dah ada, barulah rasa yakin untuk consume. Namun, sekali lagi hati saya terdetik, apabila terlihat yang kapsul CarotoMax (Vit-A), Vitamin E, Lecithin & Omega Guard di buat daripada Bovine Gelatine. Hampir luruh juga jantung apabila ternampak perkataan “Bovine” di situ, kerana selama ini saya sangkakan ianya kapsul tumbuh-tumbuhan.

Lantas, saya terus hubungi my upline untuk kepastian. Alhamdulillah, dia yakinkan saya yang gelatin Shaklee adalah HALAL. Ibu & bapanya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee di hasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Syukur!

Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke’HALAL’an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee…


Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM


Lega tak? Hehehe. Yang pasti, saya sangat lega. Mudah lah untuk saya yakin kan pengguna Shaklee selepas ini. Kalau tidak, masakan Shaklee ada menganjurkan Pakej Umrah bersama Shaklee. Syukran! Syukran!

BTW, untuk rakan2 yang berada di negara selain Malaysia, sila rujuk pada Shaklee Distributor anda ya. Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Pernah juga saya buka Shaklee Japan, tapi, produk yang tersenarai juga agak berbeza dengan di Malaysia. Maka, saya tidak pasti, status halal gelatin mereka.

Yang pasti, untuk pengguna Malaysia, segala produk telah dihasilkan di US, dan di bawa masuk ke Malaysia, dan produk ini telah diktiraf halal oleh Islamic Services of America (ISA).



credit

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Vita-Lea® Iron Formula

Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Perbezaan Shaklee
Kemajuan Saintifik

  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif

  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 

Kualiti yang luar biasa

  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain – Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Vitamin Natural vs Vitamin Sintetik

credit to mommy icha untuk entry ini

Ramai yang bertanya “Boleh ke saya makan vitamin yang beli farmasi atau vitamin yang diberi percuma, lepas tu ambil milk booster Shaklee?”
Ada juga yang bertanya “Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Kan sama je vitaminnya”.
Sebenarnya, vitamin Shaklee memang berbeza dengan vitamin lain. Kenapa? OK let me tell you the truth.
Vitamin atau supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, vitamin sintetik dan vitamin natural.
Apakah jadah vitamin sintetik dengan natural ni?OK kita semak satu-satu.
Penghasilan
Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.
Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.
Keserasian dengan badan
Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.
Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.
Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.
Kesan kepada tubuh badan
Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.
Kesan jangka panjang
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.
Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.
Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.
Jadi, pandai2lah membuat penilaian. Anda boleh mengambil vitamin dari mana-mana, farmasi mana2, shelves mana2, pembekal mana2… tapi demi kesihatan berpanjangan, pilihlah yang terbaik, antara vitamin natural dengan sintetik. Pasti tak sama.

sekarang kawan-kawan dah tahu kan? oh ye! satu lagi beza vitamin SHAKLEE dengan vitamin-vitamin lain ialah – vitamin SHAKLEE tidak didatangkan dengan silica gel. kawan-kawan yang dah beli fullpack boleh check sendiri dalam botol vitamin tu.
tepuk dada, tanya IMAN, SHAKLEE pengeluar vitamin tertua di dunia, dah tentu antara yang terbaik di dunia (^_^) 

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

1 2 3