Set Penyusuan mana sesuai untuk saya ?

Hari ni kita buat entry ringkas saja yer!
Ramai yang whatsapp,sms & email set penyusuan mana yang sesuai untuk mereka.
Sebenarnya, tidak ada jawapan khas untuk persoalan anda itu.

Jika anda mahu membeli set penyusuan, sila maklumkan dahulu beberapa perkara yang saya perlukan agar saya dapat membantu anda memiliki set penyusuan yang sesuai dengan kes dan budget anda.
Paling utama adalah umur bayi dan jika anda atau bayi alami sebarang masalah penyusuan seperti

  • selalu letih
  • stress
  • stok kurang  
  • puting tenggelam
  • kecacatan pada mulut bayi
  • dan sebagainya

Saya bukanlah seorang kaunselor laktasi, tapi sedikit pengalaman dan ilmu yang ada harap dapat dimanfaatkan bersama.
Harapan saya anda akan berpuas hati dengan perkongsian daripada saya 🙂

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease  

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Foremilk vs Hindmilk

Sebelum cerita panjang, kita tengok dulu gambar kat bawah ni.
Satu cair dan satu lagi pekat kan ?
Kiri (FOREMILK) Kanan (HINDMILK)
Apakah PERBEZAAN antara hindmilk dan foremilk
Foremilk

  • Susu yang berada di ‘hadapan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast)
  • Tinggi kandungan air dan nampak lebih cair
  • Warna kehijauan atau kebiruan  
  • Mengandungi karbohidrat,protein dan vitamin
Hindmilk
  • Susu yang berada di ‘belakang’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast)
  • Lebih pekat
  • Warna lebih pekat berbanding hindmilk
  • Mengandungi kalori dan lemak yang lebih tinggi

Kedua-dua jenis susu ini SANGAT PENTING kerana mempunyai FUNGSI yang BERBEZA

Foremilk

  • Menghilangkan rasa haus pada bayi dan kanak kerana kandungan air nya yang tinggi. Sebab itu bayi berumur bawah 6 bulan TIDAK PERLU diberikan AIR MASAK.
  • Mengandungi vitamin, karbohidrat, laktosa dan laktosa yang penting untuk sumber tenaga serta perkembangan otak bayi dan kanak-kanak

 Hindmilk

  • Mengenyangkan bayi dan kanak-kanak kerana kandungan kalori dan lemak yang lebih tinggi.
  • Menggalakkan tumbesaran bayi dan kanak-kanak

Oleh itu, pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya sama ada semasa penyusuan atau sesi pam untuk memastikan foremilk dan hindmilk diperolehi oleh bayi.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Vitamin untuk tambah susu

Semalam dapat sms dari kawan lama.
Baru tau,rupa-rupanya dia dalam pantang.
Baby baru umur 2 minggu.
Kawan izan ni nak tanya tentang produk Shaklee untuk tambah susu sebab dia bimbang baby tak cukup susu sebab baby akan meragam waktu pagi lepas seharian menyusu.

Terus terang Izan katakan,
‘Shaklee bukanlah produk untuk ‘tambah susu’. Lebih2 lagi di awal kelahiran.Ibu2 tak perlu bimbang anak tak cukup susu. Perut newborn baby hanyalah sebesar guli.

Yang penting keep breastfeed & bonding ngan baby. InsyaAllah…continously stimulation akan galakkan pengeluaran susu ibu.’

Suplemen sebenarnya lebih kepada kesihatan ibu itu sendiri. Secara tak langsung, apa yang ibu makan akan dapat kat baby juga. Macam ibu makan petai..susu pun bau petai. Bila badan badan ibu sihat….insyaAllah ibu akan ‘enjoy’ rutin baru dengan baby. No more strees yaaa ….

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease  

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Susu Ada Kulat ?

Dulu,izan pun ingat susu ibu yang izan bekukan ada kulat.
Cuba tengok gambar-gambar ini.
Ini semua adalah susu perahan (ebm) yang telah izan bekukan.

Bermulalah pencarian di Google..macam2 keyword izan guna..’susu ada tompok putih’,’susu ada kulat’.
Hinggalah izan terjumpa istilah ‘FREEZER BURN’


Apa itu Freezer Burn ?

Menurut wikipedia, Freezer burn is a condition that occurs when frozen food has been damaged by dehydration and oxidation, due to air reaching the food.[1] It is generally induced by substandard (non-airtight) packaging.
Maksudnya, kerosakan yang berlaku pada makanan yang dibekukan kesan daripada proses dehidrasi dan pengoksidaan pada makanan tersebut. Ia biasanya berlaku akibat proses pembungkusan yang tidak memenuhi piawaian.

Apabila susu perahan dibekukan, molekul air akan membentuk kristal ais. Molekul air akan bergerak ke bahagian yang mula membeku dan lebih sejuk. Ini mengakibatkan bahagian yang kurang sejuk sejuk mengalami dehidrasi. Tambahan pula, bagi bahagian yang berlemak, proses pengoksidaan akan berlaku dan menyebabkan perubahan warna dan bau. Inilah ‘tompok-tompok putih’ itu.

Pada pendapat izan, perubahan rasa ini juga menyebabkan sesetengah bayi tidak suka kepada susu perahan yang telah dibekukan.

Untuk lebih info,kawan2 boleh rujuk pada link wikipedia ini


Bagaimana nak elakkan freezer burn ?

Freezer boleh dielakkan dengan :

  • Elakkan kekerapan menbuka peti beku, Ini  membantu  menstabilkan suhu dalam peti beku serta memastikan suhu kekal di bawah 0C.
  • Gunakan kaedah pembungkusan yang piawai seperti plastik khas untuk susu perahan yang pre-steril. Pastikan udara dikeluarkan daripada bungkusan sebelum plastik. Tinggalkan sedikit ruang untuk ‘susu mengembang’.
  • Sejukkkan dulu susu perahan di bahagian bawah peti ais sebelum dibekukan di peti beku. Ini mengelakkan perubahan suhu yang ketara pada susu. Perubahan susu yang mendadak juga menggalakkan berlakunya Freezer Burn.
  • Elakkan menyimpan susu perahan yang dibekukan telalu lama. Semakin lama di dalam peti beku, peluang Freezer Burn untuk terjadi semakin tinggi.
Apa yang penting,Adakah susu perahan ini masih selamat?

Ya, susu ini MASIH SELAMAT dan BOLEH diberikan pada bayi.

Alhamdulillah,sekadar perkongsian kecil dari Izan. Harap dapat memberi manfaat pada kita semua.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease  

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Travel With EBM

EBM adalah singkatan kepada Expressed Breast Milk…Ibu2 yang menyusukan anak dan bekerja pastinya tak rasa janggal dengan istilah begini.
Zaman sekarang ni tak jadi hal sudah. Dua tahun lepas..bila pi kursus intensif kat USM..Izan buang macam tu jer susu yang di pam. Macam-macam rasa dalam kepala ni.. Malu ada,segan ada..cammanalah aku nak buat dengan ‘susu’ ni.
Alhamdulillah,tahun ni rasa ‘bangga’ pun ada sebab Izan berjaya juga bawa pulang ‘hasil’ selama 2 minggu kat USM.

Bekas Polistirena yang Izan guna

Nak tau apa TIPS nya ?

  • fikir POSITIF ….
    DULU takut2 nak buat keputusan. Boleh ker nak simpan susu ni?Nak simpan macam mana? Nak bawa macam mana ? Lecehlah..pam buang sudah…banyak sangat fikir…RUGI nya kan?
    KALI NI..apa nak jadi jadilah…google sana sini..cari info nak handle EBM
  • Jangan MALU
    DULU malu nak jumpa ngan mak cik kantin kat USM tu..yelah..kita nak tumpang susu..kot2 dia geli ker…
    KALI NI…tak tau malu dah..walaupun sebenarnya malu2 jugak!hehehe…
    dengan selambanya saya cakap dengan ‘adik bujang’ kat kantin..
    “Akak nak tumpang susu blh dik ?? Anak akak menyusu badan lagi ….
    Alhamdulillah ..dipermudahkan…lama2 ‘adik bujang’ pun dah dah pandai tegur
    “Nak simpan susu kak ?”
    Doa saya, mudah-mudahan satu hari nanti dia akan ‘tarbiyah’ kan adik beradik,kekawan & pastinya isteri dia..menyusukan anak taklah se’susah’ yang disangka
  • Doa pada ALLAH
    Sentiasa doapada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan.
    Alhamdulillah…minggu pertama..ada kawan yang nak pulang ke Bangi,so dapatlah saya tumpang Edisi 1 susu yang di pam.
    Edisi ke 2 dibawa pulang dengan Air Asia…Jangan bimbang kawan2..penerbangan domestik benarkan kita bawa EBM …Dengan bangganya saya membawa ‘kotak polisterene’ itu naik flight.

Apa yang Izan nak kongsikan di sini hanyalah,apa pun yang terjadi..kita kena fikir POSITIF…setiap kesusahan pasti ada KESEMPATAN…Kalu rasa tak mampu buat sesuatu..MINTA  BANTUAN kawan-kawan. DOA dan doa..InsyaAllah dipermudahkan segala urusan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease  

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1 2 3