Pusat Permainan Kanak-kanak di Salak Tinggi

Dah lama sebenarnya nak kongsi cerita pasal tempat ni. Kali ni tak boleh tahan dah bila tengok perkembangan Hadif yang makin baik ! Mula mula datang dulu tak berenggang langsung. Mama pun kena duduk sekali main lego tu. Bila dah kerap datang ,izan dah boleh lepas tangan, nampak confident level dia makin tinggi.

 

Izan dan anak-anak start pergi tempat ni lama dah, dari mula-mula buka rasanya. Biasanya update di Facebook saja share dengan kawan-kawan saja. Dalam 1 bulan, at least 1-2 kali mesti datang. Yang ni tokey dia kena check kat registration book !Anak-anak gelar tempat ni Mini Legoland. Tuan punya tempat ni pun rasanya pernah guna nama ni dulu.

diarisihat
Tengok diorang 3 beradik main…feeling ala2 kat Legoland JB
diairisihat
Ni Faiz…Hadif pun dah berani main lompat-lompat sekarang
diarisihat
Kakak susun tinggi tinggi…datang adik habis semua !

Apa yang bestnya tempat ni ?

SELAMAT
Pusat permainan kanak-kanak ni terletak dalam premis yang tertutup. Lepas kita register anak-  anak, staff akan kunci pintu masuk. So, budak-budak tak lah bebas keluar masuk. Kalau anak-anak kita dah besar dan boleh urus diri sendiri, boleh minta kebenaran untuk tinggalkan anak-anak. Sementara tu, kita bolehlah selesaikan urusan lain macam ke kedai ke…nak ke spa pun sempat !

diarisihat
Mak ayah kalau nak join sekali main pun boleh !
SELESA     
Bila dalam keadaan tertutup, pastinya lebih selesa. Anak-anak tak terdedah kepada cuaca panas dan sebagainya. Maklumlah dengan keadaan cuaca sekarang yang tak menentu, tambah pula dengan jerebu sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan anak-anak. Premis ini juga dilengkapi dengan kipas besar berdiri dan dinding untuk peredaran udara yang lebih baik
diarisihat

diarisihat
suka tengok bila Hadif dah confident nak ikut laluan ni
MURAH
Kita perlu bayar RM5 saja untuk 1 jam. Mana nak dapat harga semurah itu kan ?
Boleh main puas-puas tanpa ada sekatan

diarisihat
Boleh baring-baring dalam kolam bola lagi

Untuk mak ayah pun ada disediakan ‘reading corner’. Orang yang suka membaca macam izan memang seronoklah. Kadang-kadang tak sedar anak main dah dekat 2jam sebab mak sendiri khayal membaca. Ada majalah-majalan lama macam Anis,Nur dan sebagainya.

Waktu hujung minggu atau cuti sekolah ada juga kelas sains dan kreatif tapi kami selalu terlepas yang ni sebab tarikh bertembung dengan program lain.

Biasanya izan akan bawak bekal PD untuk anak-anak. Bila dah main memang tak ingat apa…tau-tau mintak PD bila dah dahaga ! Balik tu tak sah kalau tak ke mamak Nija pulak

Jemputlah jamu mata dengan gambar anak-anak bertuah ni.

Lupa plak nak bagitau, pusat permainan ni terletak di lot kedai berdekatan Taman Mawar Fasa 3 BB Salak Tinggi. Kalau dari jalan besar Salak Tinggi ke Jenderam, boleh nampak Pejabat Pendidikan Sepang, lokasi dia kat belakang tu je.

Kalau nak dapat lebih info boleh ke FB Pusat Permainan Kanak-Kanak                                                                                              
Ingin mencuba produk Shaklee? 
Nak join biz Shaklee ? 
sms/whatsapp/call : izan 012-2767170 
email : diarisihat@gmail.com

Shaklee Offer Sept 2014 : Collagen Powder & Meal Shakes

Pertama kali dalam sejarah sejak saya menjadi wakil pengedar Shaklee bermula Mei 2011,
bulan ini Shaklee Malaysia buat  PROMO BERKEMBAR dalam satu bulan !


Collagen Powder – Buy 6 Free 1

Meal Shakes – Buy 3 Free 1.



Kat sini ada cerita Collagen Powder

Kat sini ada cerita Shaklee Meal Shakes

Jangan lepaskan peluang !

More & more  from Shakleeeeeee ๐Ÿ™‚

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Nak join biz Shaklee ? 
sms/whatsapp/call : izan 012-2767170 
email : diarisihat@gmail.com

Salam Aidil Fitri daripada DiariSihat.com

Alhamdulillah,hari ni hari ke 5 Syawal disambut di Malaysia. Meriahnya raya kat Malaysia ni, sebulan puasa sebulan juga rayanya.
Tahun ni giliran kami beraya di Batu Kurau,Perak. Raya kedua baru bergerak ke Batu Pahat,Johor.
Penat tak penat kita redah je !
Performance Drink dan Cinch Tea kan ada ๏˜†
“ุชูŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ู‡ู ู…ูู†ู‘ูŽ ูˆูŽ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’
“Taqabballallahu minna wa minkum”.
Maaf Zahir Batin daripada kami sekeluarga
Sambil itu, jangan lupa panjatkan doa pada saudara2 kita yang dalam kesengsaraan terutama sekali mereka yang berada di Palestin, moga Allah sentiasa melindungi mereka dari segala kekejaman dunia.
Tak lupa juga salam takziah kepada ahli kelurga MH17 dan MH370, moga mereka diberi kekuatan menghadapi segala ujian Allah ini….Amin ya rabbal alamin
Ingin mencuba produk Shaklee? 
Nak join biz Shaklee ? 
Sms/whatsapp/call : izan 012-2767170 
Email : diarisihat@gmail.com

Balik Kampung Suami Atau Isteri

Topik paling hangat bila di bulan Ramadhan

Raya ni kita balik mana ? 

Kampung suami ?

Kampung isteri ?

Tak kiralah surirumah, bekerja, kerja sendiri atau makan gaji pasti takkan terlepas topik ni. Percaya tak ? Saya dan suami dan suami tak pernah pun bincang topik ni.

Sejak berkahwin pada 2002, kira- kira 12 tahun lepas kami dah sepakat KITA BERGILIR BALIK KAMPUNG. Tahun- tahun yang pertama memang rasa sedih sangat sebab boleh balik raya 3 tahun sekali saja! Sebab apa ? Suami kerja sebagai chargeman, so dia ada giliran untuk ‘on call’ biasanya setiap 2-3 tahun sekali. Waktu tu kami tinggal di kuarters kerana keperluan tugas suami.

Tahun pertama kahwin kami beraya di kuarters saja. Waktu tu tengah sarat mengandung anak pertama. Menangis-nangis telefon mak bak sebab tak dapat balik beraya. Tahun kedua suami dengan rela hati bagi peluang beraya di kampung saya di Batu Pahat, Johor. Tahun ketiga seperti yang dijanjikan kami beraya di kampung suami di Batu Kurau, Perak pulak.

Opppsss… walaupun bergilir tahun, kami masih balik kedua-dua kampung jugak. Macam mana tu ?
Giliran balik kampung hanya menentukan kampung mana nak balik dulu. Raya kedua kami akan gerak ke kampung yang satu lagi. Memang ukur Highway PLUS lah sebab sorang di utara sorang di selatan. Raya punya pasal gagahkanlah jugak!

Alhamdulillah, keluarga dua-dua belah pihak pun boleh terima. So, tak adalah sebarang masalah berbangkit. Ada satu tahun saja yang kami kena tukar sikit jadual sebab kebetulan adik nak kenduri kahwin lepas raya, so tahun tu kami tak balik kampung yang sepatutnya sebab nak cuti panjang untuk kenduri lepas tu.

Enam tahun kebelakangan ni lebih seronok lagi sebab kami dah keluar kuarters. Suami pun tak terlibat dengan ‘on call’ lagi. Giliran pun jadi lebih pendek, boleh balik kampung masing-masing setiap dua tahun. Waktu pertengahan puasa pula kami akan balik ke kampung yang ‘ tak terpilih’ tu. Kira adil lah kan.

Anda-anda di luar sana pakat baik-baik ya. Jangan kerana nak menyambut raya kita bergaduh anak beranak pulak. Tak seronoklah kan. Salam Ramadhan semua !!!

Ingin mencuba produk Shaklee? 
Nak join biz Shaklee ? 
Sms/whatsapp/call : izan 012-2767170 
Email : diarisihat@gmail.com

Shaklee Offer July 2014 : Vivix


Buy 6 bottles Vivix
+ FREE 1 bottle Vivix
+ FREE Shaklee Membership
+ FREE postage
+ cash back rm240++


oopppsss!!!!
Beli 2 botol pun dapat FREE membership lah!

Nak beli 1 botol je ?
Takde hal..tetap ada SPECIAL PRICE punya

Ingin mencuba produk Shaklee
Nak join biz Shaklee ? 
Boleh sms/whatsapp/call izan 012-2767170 
Email diarisihat@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1 2 3 4 5 10