Ada ke pantang larang vitamin untuk ibu mengandung ?

Kesedaran untuk mengambil suplemen semakin tinggi di kalangan masyarakat hari ini. Lambakan produk sama ada keluaran dalam atau luar negara menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap produk suplemen. Namun begitu, setiap induvidu perlu peka dengan keperluan dan kepentingan sesuatu produk terhadap diri mereka. Pastikan mendapat konsultasi yang betul dan jelas sebelum mengambil sesuatu produk.

Lebih-lebih lagi pada ibu-ibu mengandung. Seringkali ibu-ibu yang terlalu taksub untuk memberikan yang terbaik pada kandungan mereka lupa untuk mengambil tahu tentang pantang larang vitamin ibu mengandung.

Ada ke pantang larang vitamin untuk ibu mengandung ?

Bak kata  Kak N dalam blog beliau, memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.

Vitamin yang perlu
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

Fungsi Vitamin 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :
 
Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
Multivitamin dengan zat besi
: Memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan tumbesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega : membantu pembentukan sel otak.

Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya
vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. 
FREE consultation… Jangan tunggu lagi!!

Sakit Kepala atau Migrain?

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

§ Sakit kepala kerana tekanan

§ Sakit kepala kerana sinus

§ Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

§ Kekurangan zat dan nutrisi

§ Faktor keturunan

§ Kesan dari pengambilan ubat-ubatan

§ Wanita yang mengalami haid atau pra-haid

§ Terlalu banyak mengambil kafein

§ Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk migrain:

1. Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing…

2.B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya.
Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Kenapa Perlu Ambil Vitamin

Pencemaran Buah-buahan dan Sayuran
Biasanya,bila nak beli sayur atau buah-buahan,kita akan pilih yang paling segar,tak berlubang2 atau berulat. Tanpa disedari kita telah memilih makanan yang telah’diracun’ untuk memastikan ia nampak segar dan sihat. Kalau nak beli yang ‘organik’ pula harganya tak mampu dibayar oleh ramai orang.
 Penyusutan Nutrisi dalam Makanan

Tanah untuk pertanian semakin berkurangan untuk memberi laluan kepada sektor perindustrian dan lain-lain.Nilai nutrisi dalam tumbuhan (buah dan sayur) akan berkurangan apabila tanah digunakan berulang kali untuk pertanian. Benda ni kita dah belajar masa sekolah dulu kan?

Cara masakan kita juga sering memusnahkan nutrisi yang terdapat pada tumbuhan tersebut. Kalau Izan, bila masak suka yang goreng2,tumis2..yang rebus2 tak suka sangat.  Sayur yang dimasak terlalu lama merosakkan vitamin yang terkandung di dalamnya. Apa yang tinggal? Kita makan  sisa2 serat sayur sajalah nampaknya.

Sebelum itu pun, buah-buahan  ni pun dah puas berpindah randah dari ladang,gudang sampai lah ke kilang. Bila dah ada di kedai, kandungan vitamin buah-buahan tersebut mula menyusut. Kalu buah epal tu, puas dah turun naik kapal terbang.

Pendedahan Terhadap Pencemaran
Setiap hari kita kita terpaksa menghidu asap kenderaan, asap rokok dan sentiasa terdedah dengan persekitaran yang sangat tidak sihat. Lebih-lebih lagi orang yang kerjanya di makmal kimia macam aku ni. Walaupun pelbagai langkah berjaga-jaga diwujudkan…belum tentu semua orang ikut. Pencemaran udara menjadikan tubuh kita banyak menghasilkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan.Secara langsung benda- benda ini mendedahkan kita kepada banyak risiko termasuklah kanser.



Gaya Hidup Tidak Sihat
Tabiat tidak menjaga pemakanan seperti tidak makan pada waktu makan, terlalu banyak makan boleh memudaratkan kesihatan. Pengambilan makanan rapu membekalkan badan dengan bahan yang tidak perlu contohnya MSG, garam, gula berlebihan dan sebagainya

Stress,kepenatan dan sebagainya juga menyebabkan banyak nutrien seperti B kompleks mudah musnah.

Penyerapan Nutrisi Yang Terganggu
Pengambilan ubat-ubatan dan kafein juga mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap vitamin dari makanan.Dahlah banyak makan rapu. Makanan yang berkhasiat pula dah tercemar. Tinggal yang sikit2 tu  tak dapat pulak diserap. Kasihan saya!huhuhu
Keperluan Lebih Tinggi Terhadap Nutrisi Tertentu 
Sesetengah individu seperti ibu mengandung dan menyusukan memerlukan dos yang lebih tinggi bagi nutrien tertentu seperti vitamin C. Biasa kita dengar, ibu yang menyusukan sering mengalami masalah bengkak gusi,gigi rosak dan sebagainya. Ini semua adalah kesan kekurangan nutrisi dalam badan individu tersebut

So…rasanya perlu ke kita ambil vitamin  🙂


Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Suplemen untuk keluarga

Kebetulan atau suratan…hehehe…kesemua isi rumah aku kurus-kurus belaka melainkan aku!
Ketua keluarga,papa sejak mama kenal memang kurus. Tapi,mama selalu dengar orang kata…lelaki bila dah kahwin,berat akan naik. Sudah hampir 9 tahun mama tunggu,papa tak juga gemuk. Kadang2 papa makan lebih banyak daripada mama.

Anak yang sulung, Alya memang bukan jenis suka makan. Lebih tepat lagi memilih makanan. Kalau kena makanan yang dia suka..berpinggan boleh dia makan. kalau yang dia tak suka,jangankan rasa…tengok pun tak mahu.

Anak yang kedua, Faiz sangat suka makan. Daripada celik mata hinggalah pejam mata mesti nak makan. Kalau dapat makan nasi,lauk apa pun tak kisah…Sebenarnya, papa dan faiz lah yang menyebabkan mama sentiasa ber’semangat’ nak memasak walaupun letih bila balik kerja. Masing-masing tak memilih dan akan makan apa saja yang mama masak.

Anak yang ketiga, Hadif…baru umur 7bulan..makan bubur pun main2 lagi. Makan kegemaran adalah susu mama sahaja :)Routine check up di klinik kesihatan menyatakan BMI hadif dah abnormal walaupun ada peningkatan berat setiap bulan.

Kenapa semua kurus? Kenapa mama sorang ber’isi’?
Tapi, mama takkan putus asa. Mama juga berpegang pada prinsip..tak apalah kurus janji mereka semua sihat. Baru-baru ni bila Faiz dgn Hadif warded,cuak juga mama…Oleh kerana doktor pun tak dapat jawab persoalan mama,mungkin perubatan alternatif adalah pilihan terbaik. Faiz plak kena tingkatkan lagi penjagaan kebersihan diri. Kena rajin cuci tangan tau!

Hampir sebulan,papa, alya & Faiz consume milk shakes. Setiap hari,mama akan tambah 1 scope milk shake dalam susu diorang. Syukur, alya masih mahu minum susu walaupun dah darjah dua. Kalau nak suruh makan suplemen yang jenis pil memang susah sebab mereka nampak macam ‘ubat’. Untuk Hadif, mama  ambil suplemen asas vitalea,vit C,b comp,ostematrix,lecithin,omega guard & alfalfa.Kadang-kadang mama tambah vit E dan zinc. Bunyinya macam banyak tapi mama seronok & yakin ia membantu.

Insyaallah,lepas ni mama nak tambah ESP dan performance drink pula. Persediaan untuk ramadhan 🙂

Kesannya,takkan nampak dalam sehari dua. Tapi.itu usaha kita untuk kesihatan kesihatan keluarga. Sebulan beratus boleh dihabiskan untuk pelbagai keperluan,jadi apalah sangat suplemen ni kan?

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Syukuri Nikmat Air

Allah jadikan sesuatu itu tidaklah sia-sia. Maka bagi mereka yang mengkaji pasti dapat melihat setiap hikmah. Allah ciptakan bumi dan dikelilingi laut yang luas. Menekankan betapa pentingnya air dalam aspek kehidupan. Bila sakit, masuk hospital doc masukkan air, bila memasak guna air, bila rumah terbakar bomba pancut air, kehidupan perlu air dari makanan….menunjukkan air itu sangat penting.

Berapa L sehari nak minum? Minimum 2 L sehari supaya kepekatan darah sentiasa seimbang dengan apa jua makanan yang masuk dalam badan. Minimum 3 L bagi yang amik supplement.Anggaran setiap 25 kg berat badan perlu 1 liter air.

Air kosong adalah terbaik supaya dapat menyingkirkan toksin dari badan, menstabilkan kepekatan darah, dan melancarkan penyerapan vitamin.

Mereka yang kurang air dalam badan, antara tandanya ialah dahaga, cepat marah, melenting, tak boleh kawal perasaan…suka kritik tapi tak boleh dikritik.

Boleh kongsikan keperluan air ini dengan orang lain….terutama mereka yang tak suka minum air.

Ingin mencuba produk Shaklee? Email izan di i_izan@yahoo.com atau sms 012-2767170. Jangan tunggu lagi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1 2